Thursday, February 23, 2017

2017: New Chapter New Life

Hi sweethearts.
Dah 2017 and mummy masih tak upload blog ni.
Kisah 2016, kisah konvo kakak, exam kakak dan pertandingan bercerita kakak mummy tak tulis.
Takut pula satu hari nanti mummy lupa untuk ceritakan.
Walau kita takdela banyak kisah menarik tapi mesti ada suka duka kita kan.

2017 pun banyak kisahnya. Kita sibuk sangat. Kita pindah masuk rumah baru (sewa lagi!) 22 Jan then start sekolahkan adik Februari. 

Tak mudah untuk mummy semua ini. Rasa jerit perit semua ada. Cuma kita mampu sabar je. 
Kakak dan adik macam-macam perangai.

Kakak start sekolah kat srai tu, yang okey sebab tak perlu nak gegas pergi sekolah agama, dia sekali under jais, bukan sekolah private walaupun statusnya swasta bukan kerajaan. Kakak happy pergi sekolah tapi masih rasa macam kat sekolah tadika. Kerja sekolah tak tahu, pernah je tak siapkan dan kakak dah dapat tanda soal.

Sebenarnya darjah 1 bukan ada homework pun, tapi akan jadi homework kalau tak berjaya siapkan kat sekolah. Kakak ada tuisyen start februari. So kisah ni bersambung pasal tuisyen kakak. Minggu lepas, kejadiannya, cikgu cuma baru beritahu mummy this week. 

Pagi kakak pergi sekolah, tak tahu dan macamana kakak salah pergi 1 Taubat, padahal kakak kelas 1 Tawakal. Ini for sure kakak keliru sebab minggu sebelumnya kakak tuisyen di kelas 1 Taubat. 

Masaalahnya, masuk kelas kakak terus tidur. 
Nyenyak. Cikgu Fiza yang beritahu ni. 

Mr Din yang ajar tilawah dalam kelas tu pelik sebab kenapa 1 Taubat ada lebihan murid, padahal kerani takde cakap pun ade pelajar baru. Bila Mr. Din kejut kakak, which is susah sebab kejut-kejut taknak bangun.

Bila bangun, Mr Din terus tanya, Marsya kelas ni ke? Kakak jawab iye. Mr Din tak puashati, pergi kelas satu demi satu tanya ada tak pelajar yang nama Marsya, bila sampai Tawakal baru cikgu dalam kelas tu kata ada, tapi tak datang. 

Terus Mr. Din hantar kakak ke kelas sebenar. Terus nama kakak naik di kalangan guru-guru. Sebab nak ke kelas Tawakal dari Taubat kena lalu kelas Ikhlas, Sabar dan Mahabbah. So Mr. Din lalu 3 kelas tu dan tanya. Cikgu Fiza beritahu takut juga kalau Marsya tertidur kelas bangunan lain je.

Dan paling malu sebab Mr. Din ajar tilawah, mengaji, orang lain dalam 1 Taubat tu semua mengaji tapi kakak tidur. How on earth you do that?

Sebab darjah 1, nak marah-marah sangat pun tak guna. And habit kakak yang paling annoying adalah suka gigit pensel, pensel warna. Semalam kakak kena marah teruk dengan daddy pasal gigit ni. So mummy cellotapekan semua pensel and pensel warna kakak. Mummy letak notes dalam pensel box, pensel warna, JANGAN GIGIT.

Semalam punya kes, ni memang kakak dah tahap nakal kot, Cikgu Farah suruh solat, kakak bergelak ketawa, bergurau, main then cikgu tarik kakak pukul punggung kakak. Kakak sorang solat kat belakang. Balik moody dengan muka masam. Who asked you to do that?

Selalu kena marah korang berdua ni.

Adik.
First day pergi sekolah tu tak nangis pun. Happy gila. Sebab ingat ni ala-ala taska kan. But the second day sampai la pagi tadi menangis tiap kali hantar. Sebab dia dah mind set sendiri. Bila sampai pagar sekolah je terus kata "Ok, adik nak nagis ni". Ade camtu? Alasannya, sebab sekolah susah. Adik tak pandai, tak pandai lukis, tulis a,b,c..

Bila kat sekolah kan ada rutin, Mikhael is not-type of routine person. Dia nak buat semua sesuka hati. Kuat mengamuk. Dia paling tak suka rutin sekolah. Bila dah petang, rutin taska dia happy, macam nak runtuh school tu. Kita hantar dia kat pasti, sebab sekolah tu paling afford untuk kami. Lain-lain kami tak mampu, taknak tercekik sendiri. Kena la ukur baju di badan sendiri, kalau tak merana nanti.

Hari-hari lepas balik sekolah, pergi bukak sendiri cd upin ipin. Mummy decide today, I'm going to throw out the cd. I had enough! Bosan dengan betul betul betul. Seriously bosan dan sakit hati.

Rutin kite setiap hari bangun sebelum pukul 6, mummy siap, kakak siap, solat, siapkan adik, keluar rumah 6.50 terus pergi sekolah kakak, then sekolah adik, then mummy kat faculty mummy. Daddy kerja. Amik kakak 3.30, amik adik, balik rumah. Tiring. Semua orang penat sekarang. Dengan perangai yang menguji kesabaran. 

I just hope both of you will have brightest life. 
I believe that the torture of both of you had given me, will be repay in the future. 
Please be good. 
Please respect elders.
Please respect teachers.
Please be love to each other.
Please give me prayer when I'm gone.
I love you both.
Jadilah anak yang soleh dan solehah.
That's the only way guarantee happiness.
Thanks.
Mummy.




Hari Jumaat kain hijau.
Alhamdulillah kasut hitam, takde kotor sangat.