Monday, February 20, 2012

at 17 month

Marsya 17 month today, yeah! Marsya dah besar. She's grown up, healthy and prettier (of course all moms will says anak diorang tercantik kan?) Ahahahahaha. And my words always "Marsya comel macam mummy" which hubby akan menjeling stress! Suka hatila I nak cakap apa, anak I kan?

At the age of this month, apakah perkara yang my lil princess tau?  I rasa perkataan princess tu sangat tak sesuai umtuk Marsya sebab perangai dia agak kurang ke'princess'an skit. Ya Allah, jauhkan anak aku dari menjadi tomboi, aminnnnn!!

Gigi - dah hampir tumbuh kesemuanya termasuk geraham-geraham. Taring jugak sedang menunjukkan taringya dan perangai sebenar budak kecik ini hampir keluar sepenuhnya

Words that she familiar:-
Nenek, atok, dedi, meme (mami), mamam (makan), nak (kalau nak something) and she will repeat it nak nak nak nak and sometime it is annoying, tu (itu), acu (my sister), buei (buaian) 

Kalau animals pulak, she is veryyyyy familiar with dog dimana semua binatang dia akan panggil dog termasukla kucing, kuda (dalam tv) kerbau (masa jalan-jalan haritu dia nampak kerbau). Semua jadi dog. 

Perkataan yang dia tau nak sambungkan which dia akan sebut perkataan belakang:-

Can....tik, 
Ne.....nek, 
Ge.....mok (mummy), 
Co.....mel (herself)

Dan pandai bebunyik binatang:-
Cat  - mia mia mia mia
Dog - dog dog dog dog
Bird - tweet tweet tweet
Ayam - O-ukkkkkkk

Lawak giler okey bila die buat bunyi binatang.

And kalau nampak playground and she become excited dia akan jerit kuat2 'wahhhhhhhhhhhhh!'

Each time dalam kereta dia akan duduk dalam car seat and kalau nampak lori lalu sebelah kereta dia akan cakap 'cuuuttttt' (takut) sambil menepuk dada. Hahhahaha, lawak giler!

She also understood simple instruction for example:-
Marsya, sit (dia akan duduk)
Marsya jom (maksudnya keluar)
Marsya mandi (cepat-cepat menuju ke bilik air)
Marsya nangis (dia akan pura-pura nangis, huhuhuhuhu)
Marsya ketawa sambil tutup mulut
Marsya baca doa (dia kan tadah tangan sambil mulut terkumat-kamit dan sapu muka sepantas kilat)

Banyak lagi perkara dia dah learn and mostly she learn from her nenek (my mom) and nenek ni mesti ajar dia benda funny je. 



Monday, February 13, 2012

Anak Amanah ALLAH

Anak adalah amanah Allah yang sangat besar dan berat untuk dipikul oleh kedua ibu bapa. Bukan mudah untuk memastikan anak-anak kita menjadi insan yang berguna dalam zaman serba moden, serba kecanggihan teknologi ini. Banyak rintangan yang perlu dihadapi untuk memastikan anak kita menjadi insan yang bertaqwa. 

Ramai ibu bapa di luar sana yang gagal mendidik anak mereka menjadi manusia yang mempunyai akhlak yang baik. Contoh yang dapat kita lihat, ibu bertudung dan menutup aurat, tetapi anaknya membuka aurat dengan memperagakan pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh mereka. Si ayah pula berkopiah dan sentiasa menunaikan solat di masjid, tetapi anaknya memakai seluar pendek dan tidak pernah sama sekali melakukan solat. Semua perbuatan yang menyalahi prinsip Islam ini tidak pernah ditegur oleh kedua ibu bapa mereka. Malah ibu bapa mereka memberi alasan bahawa anak mereka sudah besar, bukan masanya untuk menegur dan mereka sendiri sudah tahu yang mana baik dan yang mana buruk.


Ibu bapa seperti inilah yang lemah dan tidak mampu untuk melaksanakan segala amanah yang diberikan oleh Allah kepada mereka. Segala kesalahan mereka terhadap anak mereka akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak nanti. Hal ini bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah mereka telah memeliharanya atau mensia-siakannya.” (Riwayat Ibnu Hibban)

Sering kita dengari di dalam media masa yang menceritakan tentang berlakunya kes-kes penderaan kepada anak-anak yang sangat membarah di dalam masyarakat negara ini. Hari demi hari ada sahaja berita yang melibatkan penderaan dan pembuangan bayi. Mana perginya sifat keperimanusiaan dan sifat belas kasihan. Sangat menyayat hati tragedi yang menimpa arwah adik Syafiah Humairah Sahari, didera oleh teman lelaki ibunya sehingga mati.

Begitu juga kes kehilangan arwah adik Nurin Jazlin Jazimin yang hilang ketika keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Kemudian mayatnya ditemui dalam sebuah beg pakaian sukan pada 17 September 2007 iaitu 27 hari selepas kehilangannya. Sehingga hari ini, penjenayah yang bertanggungjawab masih belum berjaya dikesan.

Beginilah apabila manusia tidak lagi memiliki iman dan tidak takut lagi dengan kekuasaan Allah, mereka akan lakukan apa sahaja mengikut nafsu amarah mereka tanpa mengira dosa dan pahala. Perbuatan seperti ini juga boleh dikatakan seperti perangai binatang yang hanya mementingkan dirinya sendiri.

Untuk melaksanakan amanah ini seperti mana yang dipertanggungjawabkan oleh Allah swt, maka ibu bapa perlulah bersedia dari segi jasmani dan rohani seperti melengkapkan diri masing-masing dengan pengetahuan agama yang baik dan mengamalkan cara hidup Islam di dalam keluarga. Dari segala pengetahuan penghayatan agama yang ada di dalam diri kedua ibu bapa, maka curahkanlah segalanya kepada anak-anak supaya mereka dapat menjauhkan diri mereka dari segala anasir-anasir jahat yang sentiasa berusaha untuk merosakkan akidah dan iman mereka. Cara ini mampu melahirkan jenerasi Rabbaniah yang mempunyai jati diri yang kuat dan tidak tergugat apabila ia memasuki mana-mana kelompok masyarakat.

Alangkah baiknya kalau anak tersebut menjadi manusia yang berguna dan taat kepada Allah, dia akan menjadi harta yang sangat tidak ternilai berbandingkan dengan harta dunia yang lain, kerana anak yang soleh akan membantu ibu bapanya untuk masuk ke syurga Allah.

Al-Afnaf Bin Qias menjawab apabila Khalifah Muawiyah bertanya kepadanya tentang anak :

“Wahai Amirul Mukminin! Adapun anak itu ialah buah hati kita, tulang belakang kita. Kita ini adalah bumi yang lebar tampanya berpijak, langit tempat mereka berlindung teduh dan bernaung dari kerananyalah berani kita menempuh kesukaran bagaimana sulit. Dari itu bila mereka meminta, berikan, bila mereka kecewa, senangkan hatinya agar di balasinya dengan cinta pula dan hargainya kepayahan kita.



Wednesday, February 8, 2012

Marsya at PD


This girl and her family did a small trip to PD on 6th February 2012. Enjoy pictures