Tuesday, September 22, 2015

Happy Birthday Kakak!

Dua hari lepas (Ahad, 20.09.15) kakak dah 5 tahun, yeahhh!

Happy Birthday kakak. Semoga panjang umur murah rezeki, menjadi anak yang solehah, in sya Allah.

Mummy harap kakak sentiasa sihat dan ceria selalu.

Sepatutnya tahun ni, kita buat birthday party, tapi mummy tak sempat, kerja banyak, daddy pun busy, tak larat la, in sya Allah next year ye.

Malas dah buat kat rumah, lagipun kalau beri orang makan ni, kita kena puaskan hati banyak pihak. Niat kita nak sedekah kang jadi tak ikhlas pulak. Malas nak fikir, lagipun buat party untuk enjoy bukan untuk rasa tak best semua orang. Orang - orang ni pandai bab berkata - kata hal orang lain, tapi hal sendiri tak mahu jaga, biasa lah manusia. Rasa dah perfect sangat, padahal tak sangat pun.

Eh panjang pulak mak ni berkata-kata. Dah ala-ala mak jemah pulak. Hihihihi.

Ni mak jebon je ni. 

So tahun ni kita celebrate sesama kita je, save duit, tak yah fikir-fikir. Duit yang extra tu (kalau ada) bolehla dibuat bayar yuran sekolah kakak tahun depan, tak pun buat mummy beli baju mungkin? Atau lipstick baru sebab kaka suka curi curi pakai lipsticks mummy kalau time cuti. Ehehehehehhe.


1) Kakak happy celebrate birthday dia.

2) Kek absolute chocolate by SR tu favorite daddy. Ahahhhahah.

3) Ballon tu effort mummy hokey!

4) Camping house tu birthday present kakak. Main dengan adik. Daddy nak belikan scooter dia tak mahu. Takut jatuh katanya.Tak adventure la kakak ni, perangai siapa la tu kan?
Hahahahahha.

Apa pun, selamat hari lahir kakak. Semoga kejayaan untukmu dunia dan akhirat, in sya Allah!

Sunday, September 20, 2015

Sleep Time..

Bila anak - anak tidur adalah masa paling bahagia sekali sebab:-
1) Yeahhhh dah tidur
2) Yeahhhh mummy boleh buat kerja lain
3) Yeahhhh tak bising

Dan dapat tengok muka anak - anak. 

Siap ada yang berkeruh kalau dah over main satu hari. Kalah mak diorang. Ehehehehhe.

Bila tengok muka diorang kesian sebab kadang - kadang siang hari penat dah jadi tarzan. Marah sana sini. Kakak lompat sana sini. Adik pun ikut kakak. Pastu kakak jatuh berdarah mulut. Huhu. Sakit.

Kesian. Nangis pastu buat lagi. Bercakap non stop, menyanyi non stop. Macam zoo.

Kalau orang datang rumah, diorang cakap rumah kita yang paling bising sekali sepanjang jalan 32/98 ni tau, hahahaaha.


Gambar paling atas tu gambar mintak ampon kat kakak. Si frozen dengan budak baju Melayu. Suka nau pakai baju Melayu si adik tu sebab berasa handsome. Euwwww, perasan tau!

Kakak maafkan adik! Huhuhu

Kahkahakahakh

Gambar bawah princess sophia dengan ultraman. Nampak adik macam nak terbang? Dan kakak dengan kumbangnya. Tak lepas.

Mummy sayang kamu berdua!

Saturday, September 19, 2015

Selfie

Mummy dan adik suka jugak selfie kadang kadang. Seronok. Dalam kereta la selalu selfie, kakak pulak sejak akhir - akhir ni tanak join sangat. Dia kan macam terasa seolah - olah mummy lebihkan adik, tak tahula. Acu pun kata mummy asyik sayangkan adik, tapi bukan macam tu. Mak sayangkan anak- anak dia sama rata, cuma cara mungkin berbeza.

Bayangkan la, ada satu hari mummy tengah solat. Adik dan kakak kata nak join. Mummy biarkan. Tiba tiba kakak angin satu badan, terus mengamuk sebab telekong dia nampak rambut. Mummy malas layan. Adik pun kata 'tanak la solat mummy', tapi punya cantik dia letak kopiah dia and sangkut balik sejadah kecik dia kat ampai. Elok je terletak. Tapi kakak?

Berterabur sejadah dia dan telekong dia, mengamuk punya pasal, terus turun bawah, jumpa mak ngah kat bilik bawah. Can you imagine that? Huhuhu, haruslah kakak yang mummy jerit kan. Adik tak kena marah la sebab tak buat sepah.

Huhuhu. Kakak ni banyak kena perbetulkan kan ni, tapi takpelah, harap - harap dewasa nanti dia lebih feminin, tak panas baran, sopan santun, lemah lembut macam mak dia.

Kekekekekekekekek.


Enjoy selfie mummy dan adik.
Abaikan mata panda mummy!

Thursday, September 17, 2015

Si Pencuri Hati

Title post kena rare sikit ala ala novel cerita. Heheh. Cerita hari ni selepas bersawang - sawang blog ini adalah pasal adik. Cerita - cerita selepas ini juga di taip pada hari yang sama, cuma schedule date nya di set kan. Aci tak? Itu pon selepas di remindkan oleh kawan baik sendiri.

'Wei blog ko tulis lagi tak?'

Ahahahah. I lap u Aunty Aida. Minat kita kena teruskan walau dalam keadaan cemana sekalipon. Ini blog anak - anak. Cerita berkisar anak anak. Dan untuk bacaan anak anak apabila mereka dewasa. In my life, I learn that:-
1) Anak - anak tak payah puji puji sangat , relax relax je
2) Anak - anak juga jangan dikutuk, tahap keupayaan mereka berbeza
2) Jangan sesekali compare anak - anak dengan adik beradik diorang atau anak orang lain


Hari tu mummy baca blog vivi, I am impressed that she already potty train anak dia yang baya Mikha, so I asked daddy's opinion, daddy kata nanti dulu, nenek pun kata dah ok, tapi sebab dia tinggal taska, takut bertindih, kat taska tak ajar lagi, so nanti mummy discuss dulu dengan cikgu taska.

Sebab adik cakap banyak, cakap banyak tapi pelat. Adik, cakap banyak tapi pakai pampers, memang tak relevant langsung!!

Tapi bila fikir balik, anak vivi tinggal kat rumah je dengan nanny, so kalau terkencing sana sini, she got maid to lap everything, but mummy nanti kena buat semua mau hangin satu badan kan kalau terrr. In fact, I guess, she is going to send him school kot tahun depan, that is why dia kena potty train anak dia. I dun plan lagi, Mikha 4 years nanti baru hantar school.

Adik as I said per ealier post, dia attach dengan mummy macam magnet. Balik je dari taska (balik dengan daddy) cari mummy sampai ke dapor, pastu bagi salam.

Adik dah 2 tahun 5 bulan. Dia tak banyak ragam kecuali susu kena ada depan mata 24 jam. Sikit sikit sedut. Dah habis kena tambah lagi. 

Alhamdulillah bab sakit memang save sikit duit daddy, tapi sekali sakit terus melepek, kesian sangat. So far dia asyik selsema je sebab tinggal kat taska kan, lepas selsema, selsema lagi. Kena monitor juga, bagi juga ubat, tapi itula, kalau makan ubat, tipu mummy. Minum punyala menganga luas pastu tak telan ludah semua sukatan.

Adik takkan tidur tanpa mummy. Mummy pun tak boleh hidup tanpa adik. Bila tengok adik dan kakak, it remind me of myself dan pakngah. Sama je. Bergaduh pastu baik, gaduh pastu baik. Hahahahaa. I understand well the relationship so does daddy sebab dia dengan Cik Illie pun camtu. Selang setahun, lagi rapat. Harap end up korang berdua rapat la sampai ke besar kan. I love you both, kakak dan adik!