Wednesday, March 20, 2013

Marsya @ 2 years 6th month

Yeahhhh...Marsya sudah 2 tahun setengah..20.03.2013. She has grown up. She is amazing, lovely cheerful lil lady yeah! Okey, pagi -pagi on the way ke taska:-

'Daddy, masuk sini daddy' tunjuk arah ke lorong lain. Kami (buat tak tahu) @
'Acha nak tido lagi' Pura-pura pejamkan mata@
'Acha nak pegi tonas (Petronas)@
Paling kronik 'Acha sakit perut'. Sambil kerut-kerutkan muka.

Hahahahha. Tak payah tipu kitorang okey, we know your trick.

Masa balik dari taska, akan menjerit-jerit kesukaan panggil daddy, mummy! Dan cakap bye bye friends! Salam cikgu dan balik.

Daddy akan tanya nama kawan-kawan dan dia akan sebut 'Alif, Budin, Mia (Amira), Alisha, Aisha, Wawan, Thaqif...bla bla. Daddy akan point everyone and asked Acha mention their names. 

Daddy sangat suka la show off sebijik macam Acha.

Mummy since pregnant, only sit in the car, daddy akan hantar and ambil Acha.

Marsya sangat suka bercakap and before she sleep, she will asked me many questions. 

'Mummy, daddy mana?' Kalau daddy takde.
'Daddy pergi main badminton'

Dan semalam dia minta main badminton dengan daddy sebab dia cakap 'Acha dah besar, boleh main badminton'. Daddy hanya sengih-sengih. Hahahahahah

Masa hari pertama bibik sampai, Acha show off talent menyanyi dia kat bibik. Dia suruh on tab then dia nyanyi lagu muara hati. Okey, mummy pun kadang-kadang ada rasa nak muntah dengan Acha. Hahahahahahhaah.

Perangai bossy nya juga kelihatan. Dia suruh bibik dukung dia kalau nampak kelibat bibik itu. Sangat senang nak attach dengan orang yang kadang-kadang mummy pun takut. Marsya tak suruh mummy dukung dia sebab rasa dia faham dalam perut ada adik. Dia cuma akan minta daddy yang dukungkan.

Tapi sejak baik demam nakal semakin menjadi-jadi. Meragam. Menangis kalau tak dapat buat sesuatu, tak di beri perhatian. Pandai melawan juga. Dia akan daring mummy kalau mummy daring dia. Ye, anak itu adalah contoh perlakuan ibu bapanya. 

I was selalu kalau high tempered sangat, mummy akan pandang dia, jengilkan biji mata dan tenung anak mata dia. Sekarang dia pulak buat mummy macamtu. Apakah????? Selagi boleh sabar, memang mummy sabar tapi ada jugak yang dah hilang sabar, mummy pukul kaki dia.

Then tiba-tba bibik naik ke bilik, tanya mummy samada nak makan ke tak, dia terus pergi kat bibik. Merajuk. Oh, please la. Hahahhaahh.

Then I realized that she is already two and half year and she in the process of learning, experiencing and everything. I tried not to control what she wanted to do, what she trying to do because let her explore everything. And mummy juga tak bagi bibik jaga Acha cos mummy rasa development skills kat taska is better than maid.

Yela, maid Indonesian, karang ajar cakap Indon karang. Kat taska, Marsya dah terer baca doa makan, mewarna, pegang pensel dan lain - lain aktiviti. She got good social skills, boleh get along with people and tak la diva sangat. Kalau dengan orang yang dia suka, sekejap dah jadi kawan. Kalau dengan orang yang dia tak berapa suka, dia takkan sebut nama and tak nak kawan orang itu. Senang nak predict perangai dia.

So, untuk boboi, mummy pun dah plan once boboi dah jalan and above one year, mummy akan hantar ke taska jugak. Mummy tak mau la anak- anak mummy nanti tak reti banyak benda cos in current life ni, budak-budak sangat competitive. Kena independent, strong skills here and there. Bukan macam zaman mummy dulu. Its really different now.

At least, you all can stand by your own, in your own feet and making your own destiny. Good Luck for future dear both!

No comments:

Post a Comment