Monday, September 29, 2014

Adik Kakak Jalan

Adik ni jarang kami bawa berjalan. Maybe sebab time sekarang agak busy berbanding anak sorang. Dulu kakak hampir setiap weekend kami berjalan. Tak kisah, yang penting keluar rumah.

Entah macamana kami buat short period plan ke Penang. Jalan - jalan, makan - makan (sebab ada kenduri), then naik jambatan kedua, naik feri, pergi makan kat padang kota, beli jeruk, pergi night market. Princess sorang tu dia shopping gelang, kipas tangan, sun glass, semua pun dia nak, tu nasib kita limit kan apa patut beli dan tak patut beli. Kalau tak, semua dia nak. Cekak rambut pun dia nak tapi tak pakai. Lepas dapat senyum sampai ke telinga!











Spiderman dan Dora happy - happy mandi kat pool!

Sunday, September 28, 2014

contd...

Gambar celebration birthday party Marsya di CIC on 22nd September.

Happy Birthday kakak yang ke 4 (20th Sept)

Semoga menjadi anak solehah dunia dan akhirat





Thursday, September 25, 2014

Satukanlah Hati Mereka..

Kita selalu juga gaduh dan bertekak adik beradik.

Kita juga selalu salah faham dengan adik beradik kita.

My children kecik kecik lagi dah pandai jeles menjeles to each other.

And adik suka gumpal kakak.

Kakak tak suka adik cium dia.

Kalau diorang bergaduh mak cakap (nenek) doa yong doa.." Satukanlah hati mereka"

Supaya diorang tak bergaduh sampai besar atau benci membenci antara satu sama lain.

Zaman sekarang kan dah maju.

Orang putih diorang mana ada berborak dengan famili diorang sampai bertahun-tahun konon modern, but we Islam being taught in different way. Family is everything. Syurga kita mak kita. Lepas kahwin baru berubah ke suami kita kan.

I don't want them to hate each  other but to help, support and love each other, in shaa Allah.

Ya Allah kuatkanlah iman kami, satukan keluarga kami, dan kumpulkan hati-hati
kami diatas kecintaan kepadaMu, Ya Allah, Ya Karim.Kasihanilah kami Ya Allah,
Kasihanilah kaum keluarga kami Ya Rahim, Kau permudahkanlah urusan kami dan
luaskan rezki kami dengan rahmat-Mu. Ya Allah, Tuhan yang mengasihani daripada
segala yang mengasihani.

Ya Allah, Kau turunkanlah rahmat dan keberkatan di dalam rumah ini. Wahai Tuhan
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, Kau jadikanlah anak-anak kami ini dalam kalangan anak-anak yang soleh
dan solehah. Engkau jadikanlah isteri kami ini dalam kalangan isteri yang
solehah. Kau kurniakanlah kebahagian dan ketenangan di dalam rumahtangga kami
ini Ya Allah.

Ya Allah, Kau jadikanlan kaum keluarga kami daripada kalangan orang-orang yang
rajin mendirikan solat. Kau jadikanlah kaum keluarga kami dalam kalangan
orang-orang yang mentaati-Mu. Mudah-mudahan dengan ketaatan ini akan menjadikan
kami bertemu dalam keadaan yang baik di akhirat kelak.

Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami permintaan kami. Sesungguhnya Engkau
Maha mendengar lagi Maha Mengetahui dan terimalah taubat daripada kami, wahai
Tuhan Yang Maha Mulia. Sesungguhnya Engkau Maha penerima taubat lagi Maha
Pengasihani


Semoga kami terus mendoakan anak-anak kami sebegini..in shaa Allah,,

Ni style tidur adik.
Harap-harap nanti dah  besar tak lupa Subuh ye!

Diorang berdua memang berposing jela.


Adik ni ada satu perangai kuat merajuk.
Then nangis.
Kadang-kadang benda simple macam makan biskut then biskut tu jadi pendek la kan, tiba-tiba je nak hangin baling biskut tu everywhere.
Kakak yang selalu calm down mummy bila adik  hangin pagi-pagi.
Dah dua hari kakak cuba tenangkan mummy.
Kakak cakap "mummy relax tau"
The I smiled at her.
I said back "ok kakak"



Tuesday, September 23, 2014

Birthday Kakak..

Bismillahirrahmanirrahim...

Birthday kakak yang ke 4

Kakak dah 4 tahun. Pejam celik pejam celik. Hopefully everything will go smoothly for kakak's journey. Harap kakak berjaya dalam apa jua yang kakak inginkan, in shaa Allah.

Mummy and daddy always pray the best for your life.

The day before we engaged small celebration at spc.

Monday on 22nd tu then kakak celebrate with her school frens. Teacher janji nak hantar gambar tak hantar lagi. Haishhhh. Teacher busy kut ye

Kakak happy.
Sendiri nyanyi.
"Happy Birthday Marsya"

Mummy beli buku kaler crayon untuk kakak.
Seharian menghabiskan buku tu.


Ni kek yang kakak nak sangat kan
Kek frozen
Kek ni hantar ke school.

Ni goodies untuk kawan-kawan kakak.
Ada yang pesan "cakap thank you kat mummy awak ye"
So sweet.

Semoga Marsya Arani menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat, in shaa Allah.

Sayang kakak!