Monday, November 27, 2017

7 years

It already seven years.

This is very late post.

For reminder that I am not going to stop this.

Though I already forgot the password .

Haha.


Wednesday, August 16, 2017

Diva in the House

Lepas UP 1 (Ujian Prestasi 1) , then Peperiksaan Pertengahan Tahun and then this week, UP 2 pulak, Ya Allah, memang this time UP 2, mummy langsung tutup buku. eh, penat weiiii, exam bape banyak kali dah ni. So UP 2 takyah belajar, mummy bagi kelonggaran. Tahap kebosanan la camni. 

Exam Tauhid semalam ada yang kakak tak sempat jawah. Fuhhh. Si kakak, diva, semalam lepas ambil dia dari sekolah mummy bawa makan di Seksyen 2, makan ABC sebab maknya yang teringin. Lepas ambil foto mummy, kita pergi makan. So nak dijadikan cerita, kerusi tu ada hitam-hitam. Sanggup dia berdiri sambil makan sebab kotor katanya. Then, muka punya kelat tak tahu la nak cakap.

Dah kita selama ni makan kat hotel ke?
Kakak anak raja ke? Mummy tanya.

Dia punya diva sampai tahap kalau masuk bilik air, ada kotor sikit, komplen, tapi bila kuku tu dah panjang, tak pulak perasan kan. Ehhh, kalau mummy tak potongkan, ya Allah. Jenuh panjang.

Diva, penat katanya naik tangga dan bilik dia tak cantik. OMG! dah tu sape suruh korang conteng sana-sini bilik tu?? Kakak nak itu ini etc etc...beli itu beli ini. Huh.


#mummystress
#anakdiva


Thursday, March 9, 2017

Ujian Pertama Kakak Darjah 1

Pagi tadi waktu breakfast dengan daddy before mummy hantar daddy ke office, I told him I did not blog / write few things about both of you. Daddy cakap aah, nanti diorang tak dapat baca nanti.

So I have decided to write it. 

Minggu ni minggu ujian bertulis and most school ada  exam. First exam ever in sekolah rendah for kakak. KBAT katanya so soalan dia tahap menguji minda sangat. Hari pertama ujian bahasa melayu. After exam, mummy macam biasa pergi ambil kakak. 

Saja tanya, kakak ada homework tak. Kakak kejap jawab takde, kejap jawab ada. So mummy sampai je dalam rumah terus tergerak nak tengok beg sekolah and check barang-barang kakak. Bila buka tengok ada satu kertas tulis Ujian Bertulis Bahas Melayu Kertas 2. Mahu luruh jantung mummy. Ini kertas exam!!!!!!!

Kenapa bawa balik? Kakak kata sebab tak siap, so jadi homework. So mummy cepat-cepat text cikgu Farah dan Cikgu Fiza dan terus pergi sekolah balik handover the paper. 

Yang mummy sempat snap the last pages, kakak tak jawab satu pun. Tak sempat katanya. Yang second last page, ade jawab 3 soalan sahaja. So mummy calculate kakak dapat 46/60 and another 40 marks from Kertas 1.

Kita tunggu jela result nanti which KBAT sangat ni. Sampai naik pening tengok. Ni soalan last page tu. Kemahiran berfikir aras tinggi SANGAT. Government lepas ni nak lahirkan professor umur 12 tahun so darjah 1 dah kena fikir dah. But they did not know that my daughter is so rare. Okey, paper ni bawak balik, boleh tanya mummy. Kan? 


Wednesday, March 8, 2017

Pertandingan Bercerita 26 November 2016

Lepas konvo Marsya, Puan Suhaila suruh Marsya masuk pertandingan bercerita peringkat tadika negeri Selangor. Kakak pergi saja, naik pentas bercerita. We are so proud of you.

Then waktu nak balik, cikgu pengiring cakap, akak tunggula dulu, kot Marsya menang pertandingan ni. Mummy gelak je time tu sebab ingatkan lepas bercerita mmg nk balik terus. Sabtu tu dah petang sangat. Cik Ili dan Uncle Abi pun ada. Kami tunggu juga.

Aah, alhamdulillah kakak menang nombor 3, dapat RM 200.00. Congatulations kakak! Kalau tak menang pun tetap kami happy for you. For exposure, to build up confidence, bukan overconfidence ye. 

Believe in yourself. 

Keep up a good journey for life. 

LOVE!






Thursday, February 23, 2017

2017: New Chapter New Life

Hi sweethearts.
Dah 2017 and mummy masih tak upload blog ni.
Kisah 2016, kisah konvo kakak, exam kakak dan pertandingan bercerita kakak mummy tak tulis.
Takut pula satu hari nanti mummy lupa untuk ceritakan.
Walau kita takdela banyak kisah menarik tapi mesti ada suka duka kita kan.

2017 pun banyak kisahnya. Kita sibuk sangat. Kita pindah masuk rumah baru (sewa lagi!) 22 Jan then start sekolahkan adik Februari. 

Tak mudah untuk mummy semua ini. Rasa jerit perit semua ada. Cuma kita mampu sabar je. 
Kakak dan adik macam-macam perangai.

Kakak start sekolah kat srai tu, yang okey sebab tak perlu nak gegas pergi sekolah agama, dia sekali under jais, bukan sekolah private walaupun statusnya swasta bukan kerajaan. Kakak happy pergi sekolah tapi masih rasa macam kat sekolah tadika. Kerja sekolah tak tahu, pernah je tak siapkan dan kakak dah dapat tanda soal.

Sebenarnya darjah 1 bukan ada homework pun, tapi akan jadi homework kalau tak berjaya siapkan kat sekolah. Kakak ada tuisyen start februari. So kisah ni bersambung pasal tuisyen kakak. Minggu lepas, kejadiannya, cikgu cuma baru beritahu mummy this week. 

Pagi kakak pergi sekolah, tak tahu dan macamana kakak salah pergi 1 Taubat, padahal kakak kelas 1 Tawakal. Ini for sure kakak keliru sebab minggu sebelumnya kakak tuisyen di kelas 1 Taubat. 

Masaalahnya, masuk kelas kakak terus tidur. 
Nyenyak. Cikgu Fiza yang beritahu ni. 

Mr Din yang ajar tilawah dalam kelas tu pelik sebab kenapa 1 Taubat ada lebihan murid, padahal kerani takde cakap pun ade pelajar baru. Bila Mr. Din kejut kakak, which is susah sebab kejut-kejut taknak bangun.

Bila bangun, Mr Din terus tanya, Marsya kelas ni ke? Kakak jawab iye. Mr Din tak puashati, pergi kelas satu demi satu tanya ada tak pelajar yang nama Marsya, bila sampai Tawakal baru cikgu dalam kelas tu kata ada, tapi tak datang. 

Terus Mr. Din hantar kakak ke kelas sebenar. Terus nama kakak naik di kalangan guru-guru. Sebab nak ke kelas Tawakal dari Taubat kena lalu kelas Ikhlas, Sabar dan Mahabbah. So Mr. Din lalu 3 kelas tu dan tanya. Cikgu Fiza beritahu takut juga kalau Marsya tertidur kelas bangunan lain je.

Dan paling malu sebab Mr. Din ajar tilawah, mengaji, orang lain dalam 1 Taubat tu semua mengaji tapi kakak tidur. How on earth you do that?

Sebab darjah 1, nak marah-marah sangat pun tak guna. And habit kakak yang paling annoying adalah suka gigit pensel, pensel warna. Semalam kakak kena marah teruk dengan daddy pasal gigit ni. So mummy cellotapekan semua pensel and pensel warna kakak. Mummy letak notes dalam pensel box, pensel warna, JANGAN GIGIT.

Semalam punya kes, ni memang kakak dah tahap nakal kot, Cikgu Farah suruh solat, kakak bergelak ketawa, bergurau, main then cikgu tarik kakak pukul punggung kakak. Kakak sorang solat kat belakang. Balik moody dengan muka masam. Who asked you to do that?

Selalu kena marah korang berdua ni.

Adik.
First day pergi sekolah tu tak nangis pun. Happy gila. Sebab ingat ni ala-ala taska kan. But the second day sampai la pagi tadi menangis tiap kali hantar. Sebab dia dah mind set sendiri. Bila sampai pagar sekolah je terus kata "Ok, adik nak nagis ni". Ade camtu? Alasannya, sebab sekolah susah. Adik tak pandai, tak pandai lukis, tulis a,b,c..

Bila kat sekolah kan ada rutin, Mikhael is not-type of routine person. Dia nak buat semua sesuka hati. Kuat mengamuk. Dia paling tak suka rutin sekolah. Bila dah petang, rutin taska dia happy, macam nak runtuh school tu. Kita hantar dia kat pasti, sebab sekolah tu paling afford untuk kami. Lain-lain kami tak mampu, taknak tercekik sendiri. Kena la ukur baju di badan sendiri, kalau tak merana nanti.

Hari-hari lepas balik sekolah, pergi bukak sendiri cd upin ipin. Mummy decide today, I'm going to throw out the cd. I had enough! Bosan dengan betul betul betul. Seriously bosan dan sakit hati.

Rutin kite setiap hari bangun sebelum pukul 6, mummy siap, kakak siap, solat, siapkan adik, keluar rumah 6.50 terus pergi sekolah kakak, then sekolah adik, then mummy kat faculty mummy. Daddy kerja. Amik kakak 3.30, amik adik, balik rumah. Tiring. Semua orang penat sekarang. Dengan perangai yang menguji kesabaran. 

I just hope both of you will have brightest life. 
I believe that the torture of both of you had given me, will be repay in the future. 
Please be good. 
Please respect elders.
Please respect teachers.
Please be love to each other.
Please give me prayer when I'm gone.
I love you both.
Jadilah anak yang soleh dan solehah.
That's the only way guarantee happiness.
Thanks.
Mummy.




Hari Jumaat kain hijau.
Alhamdulillah kasut hitam, takde kotor sangat.