Wednesday, June 25, 2014

Surat Terbuka Adik dan Mummy..

Surat Dari Adik (Umur 14 bulan)

Assalamualaikum mummy..
Adik nak cakap beberapa perkara kat mummy.

Kenapa sejak akhir-akhir ni mummy selalu macam tak sayang adik.

Tiap kali adik nangis, mummy akan buat tak tahu, mummy gelakkan adik (dah macam orang crazy adik nengok). Padahal adik dah berdayu-dayu mummy. Kakak sepak adik, pukul adik, mummy tak amik kesah pun. 

Bila jumpa kawan-kawan adik nak kawan dengan diorang mummy tak bagi. Kenapa mummy?

Tiap kali adik nak tidur malam mummy tahan, mummy tak bagi. Adik tiap tiap malam nangis mummy. Tak tahan adik dengan mummy. Apa salah adik mummy. Kenapa mummy buat macamni kat adik.

Adik nangis sorang-sorang dalam baby coat, sedih sangat . Adik boleh dengar kakak dan mummy borak dan buat tak tahu kat adik. Adik nak susu, mummy rampas dari adik. Sampai hati mummy buat camni kan. Serious adik tak tahu apa salah adik. 

Bila adik duduk kat tangga mummy tak bagi, semua adik buat mummy tak bagi. Entah la adik rasa tak ada kebebasan dalam rumah sendiri dah. Entahla mummy sayang adik ke tak???? SOB SOB SOB...



Surat Dari Mummy (Umur 33 tahun)

Waalaikumsalam adik..
Ye, mummy pun ada nak cakap beberapa perkara kat adik jugak.

Sayang? Gila tak sayang anak. Macamana mummy sayang kakak, macamtu jugak la mummy sayang adik tau!!

Sape tak gelak adik tengok adik nangis, adik nangis hentak tangan kat lantai, hentak tangan kat kaki sendiri, guling-guling. Lawak arrrrr, mummy gelak jela. I won't deal with your tantrums, sila tantrums sampai penat. I only deal when you are done! Adik selalu buat kakak, tarik rambut kakak tu pasal kakak balas balik adik kan.

Adik, kalau jumpa budak baya adik, adik cucuk mata diorang mana taknya mummy tak bagi dekat dengan budak lain. Taknak la buat anak orang! Ingat anak patung ke nak cucuk-cucuk mata.

Dik, adik nak tidur tiap hari pukul 7 malam. Gila hape tak maghrib lagi dah nak tidur. Mengamuk-ngamuk. Tunggula mummy maghrib dulu baru mummy tidurkan adik. Jangan buat hal adik. Mengada. Sikit-sikit nak nangis tau. Haiyaaaaaaaa. Sooooooooo gurlish tau. Kata boy, hape ni adik?????

Aah, nangis sebab tak nak tidur dalam baby coat. Tidur jela adik dalam coat tu sensorang. Siap hentak kaki dalam coat tu. Pastu kalau terdengar je suara mummy and kakak mulala nak mengamuk. Ap kes adik ni. Sikit sikit "mi mi mi..ami ami ami..mami mami mami". Bab susu tu kalau dah minum mesti nak tinggalkan separuh pastu tuang balance kat katil, lantai, coat. Apelagi mummy rampas la botol tu!

Mau tak bagi duduk kat tangga. Dahla panjat kat tangga then duduk situ konon macam orang besar. Pastu nak teraburkan satu rumah, bukak semua almari, letak baju kat luar, bukak kitchen cabinet, keluarkan semua barang. Phewwwwwww. Kalau tak bagi mulala nak mengamuk. Tak ada kebebasan buat adik ye.

Sekian dari mummy

Mummy sayang adik dan kakak sangat.

Jangan main-main sama wa. Wa tyco jalan kebun atok wa cakap. 
Sape buat wa marah wa cepuk!

Adik , dah besar nanti bertaubatla. Jadila ustaz.
Nanti mummy masukkan adik kat program pencetus ummah ye.
#UndiPUMikhael
Hehehehehehehehe.

Monday, June 23, 2014

Buku ku yang Hilang...

Little boy already 14 month but guess what, dia belum ambil immunization for one year lagi. Adik dah buat check up on one year tapi hari tu doc suruh datang another week for cucuk, mak bapak dia bz, bz then dia plak kejap demam la, kejap panas la drag cucuk nya.

Ok, last week when we decided 'oh jom pergi cucuk', immunization record book dia hilang!

Mummy ingat mummy letak kast rak buku, tapi selak sana sini takde. Mummy ingat ok!

Haishhh, since last week cari dah sana sini, then hari ni, mummy decide meluaskan kuasa sayap pencarian, hasilnya hampa! Memang takde kat tempat lain. So balik la kita ke fitrah ye. 

I  found this article very interesting.

Petua Untuk Mencari Barang Yang Hilang
Pernahkan anda terlupa di mana letaknya barang yang anda simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah ataupun di mana juga? Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah dan mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya. Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini:
Petua 1. Baca SELAWAT (berulang-ulang kali) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran anda ingatkan kembali bilakah waktu akhir anda Nampak atau pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda, anda akan menemuinya semula.
Petua 2.
Baca:
1. Al-Fatihah 7 kali
2. Al Fath 1-3 7 kali
3. Al Khafi Ayat 19 7 kali
4. Surah Al-Ikhlas 7 kali
5. Selawat 7 kali
6. Ya Allah 3 kali.
7. Kemudian wirid 'Ya Hafiz' 119 kali
8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.
Petua 3: Doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’.
Doa itu adalah:
“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”
Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”
Berkata Imam Nawawi:
“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”

ALHAMDULILLAH!!

Within 10 mins mummy jumpa dah record book adik.

Ada kat rak buku (seperti yang mummy ingat)

Tapi celah-celah fail mummy yang melambak tu.

Do not underestimate POWER OF DOA my children. Only Allah knows everything.