Tuesday, December 30, 2014

Conflict

Diorang berdua ni ada konflik.

Memanjang gaduh, hit each other.

Si adik yang kecik pun dah pandai nak belasah kakak.

Kakaknya pun boleh tahan jugak, nak belasah adik.

Mummy nye pulak terjerit macam tarzan, lepas tak boleh tahan daddy pulak jerkah sorang - sorang.

Dahtu mulala nak keluar airmata kan.

Sebab tak ada aktiviti, takpe.

Next year I will plan every activity both of you should go ye.

Till then bye bye 2014, welcome 2015.

Adik will be 2 and kakak 5.

Time flies.

Love you both soooooo muchhhh!!!!


Saturday, December 20, 2014

Gateaway

Last weekend all of us celebrate mummy and daddy 5th anniversary at Fraser's Hill. Jadila dari takde holiday kan. Hahahahahaah.

Pray for us to stay strong and stronger, in sha Allah!



Friday, December 12, 2014

OMG

Ya Allah, 
TOLONG

Help me!

Tolong mummy untuk jaga anak - anak sambil berjaga malam (untuk study bukan susukan anak)

Sebab uollsss berdua memang sangat baaaaaaiikkkkkkkk!!!!!!!

Yeszaaaaa.


Semoga mummy masih lagi cantik dan tak serabai, keluar rumah tanpa wedding ring, takde lipstick, selipar getah, seluar baju tak gosok, hingus meleleh.

Dan semoga mummy masih lagi kenal diri mummy masa tengok dalam cermin!




Wednesday, December 3, 2014

Mikha @ 20 months

Sedar tak sedar adik dah 20 months means setahun 8 bulan harini. Cepat masa berlalu.

Adik is always be the prince of my heart. Keletah adik, perangai adik.

Guess what baby center said about 20 old months?


Hello, Mardiana
This month, you may observe or experience your child hitting, pushing, biting or tugging to get his way. You'll need to calmly make clear that such actions are never acceptable. Something else you may be noticing: toddlers like to play with their genitals. Their natural curiosity is nothing to worry about unless it's happening non-stop. When your child touches himself in public, don't make a huge deal about it. Just explain that some things are done only at home in private. 


Yang part bergaduh tu memang la tak dapat dinafikan. Dan suka gigit orang sekarang kalau marah. Mudah baran juga and tantrums twice than kakak. To be honest, boleh hilang sabar di buatnya,

Tapi adik ni full of fun. belum tengok dia menari - macam menari disco. Siap mencucuk langit. Suka gelak dan bergurau. Adik ada hobi baru, suka mintak duit kat atok jkl dia. Suka hati kan. Sekarang dah pandai tak mau tinggal. Menangis bila kena tinggal.

Tapi perangai paling stress tak mau berpisah dengan mummy. Adik ni manja gila and obviously he is more with me. Sampai dalam toilet pun nak ikut, then mummy pujuk suruh duduk sekejap dengan daddy, lepas mandi je adik dah tercongok depan muka pintu mintak dukung.

Adik mummy sayang adik, jangan nakal - nakal okey, adik dah besar.




Adik dan pacifier yang susah nak dilepaskan.

Monday, December 1, 2014

Year End

Kakak dah tak pergi school, dia dah cuti for the whole December. 

So last day kakak Jumaat lepas.

She seem so happy bila dia dapat tahu nak outstation ke KLM beberapa hari. Sudah fikir nak pau atok agaknya. Mummy was going to be very busy the whole December. Waaaaaaa.

But before that, kakak ada small concert and certification day at school. Only celebrate with teachers. No concert. Okey, jealous dengan school lain.

Hahhahaahah. 

Teachers kata cuma 6 years old students je ada concert and graduation day.

So teacher ada buat games, exchange presents and dapat certificate on the day.


Bertukar hadiah

Kakak dan teacher Nadia dan sijil. 

Kakak dan kawan - kawan


Tapi baru beberapa hari balik KLM mummy dah  rindu kakak. I miss you dear. Mummy ambil hari Jumaat nanti and we go back straight Kuantan ye and took some short holiday.

Bawa kakak jalan - jalan ye nanti.

Rindu kakak!

Friday, November 28, 2014

Four Year of the Blog

Waaaaaaaa

This is the fourth year of the blog and hopefully I will write more and more about my children in the near future so that they will know how much I love them!!!!




Wednesday, November 26, 2014

Insaf Kejap

Okey, mummy insaf kejap. 

I have read a long conversation - comment on anak Awal and Scha - Lara (Mikha, gadis ini tiada dalam senarai - ini gadis 200k - in your time). Diorang ada buat IG and FB Lara and caption on what Lara thought.

So, it is kinda cute, even mummy kauorang takde follow IG/FB one of them. Hahaah. I guess it is cute. Then, haters start to condemn and comment yang sentap bila dia sebut on Fynn Jamal yang suka letak gambar anak and at the end anak dia autisme. Ya Allah!

Haters, kenapa kau samakan situasi ni? Haruslah maknya (Scha) sentap.

Ok, tak kisahla bab tu tapi it make sense bila dia baca komen - komen lain macam nak elak culik, jangan bagitau school anak, elak kes rogol, tak tahu anak in the future camne kan. So, it is not for Lara, but for both of you.

Tak boleh exposed sangat even kamu bukan anak jutawan Brunei. Then, they said, dalam dunia ni ada sihir AIN sihir dari syaitan untuk anak - anak. So mummy will make sure that everything I posed public had limit and private to my social media.

Nanti orang naik menyampah. Kan? I don't care about other people, I only care for both of you. This writing for you to feel what I had feel towards you all. Manala tau umur mummy tak panjang, tak sempat nak cakap I love you. I love you Marsya Arani  and Aryan Mikhael. Doakan mummy bila mummy dah tak ada. On the pictures, I will make sure  will scrap everything in album, in shaa Allah. There are so many snaps, memories of us.

Trust me in this world, we must work hard and trust ourselves. We lived the way we are and get through the journey that had been wrote by Allah. Do not measures yours with others. Get own life and had a good family.

Love you both and daddy sooooooo muchhhhhh!!!

LOVE.

Mummy.

Sunday, November 16, 2014

Anak Dara Daddy

Lately mummy kerap marah kakak. Perbuatan dia yang suka membuat adik buat mummy geram!

High blood pressure jadinya.

Tak tahu kakak membuli adik baikkkk punya. Adik pulak end up crying, then buat kakak, then kakak pulak nangis.

Kalau waktu cuti, kakak minta pergi ofis daddy, so semalam  daddy bawa kakak even masa tu kakak dah mengantuk sangat.


End up kakak tertidur kat ofis daddy.

Kesian kamu.

I am sorry, I promise I will make up our relationships ye.

I promise!


Tertidur atas sofa dengan botol sekali.
Kesian.



Saturday, November 15, 2014

Acu

Acu adalah adik bongsu mummy.

Walaupun kami kerap bertekak tapi mummy sayang acu sebab she is the only sister that I had in my life. Oh ya, I had SIL but of course it is not going to replace Acu in whatever situation.

Mummy sayang Acu and pray that she will get a good life, good husband and good job in the future.



Acu berselfi dengan kamu berdua!

Friday, November 14, 2014

Birthday Party Fareeha

Last Sunday, kita ada pergi attended birthday party Fareeha. 

Ok, mummy masih lagi mencari cari cara menggunakan ayat samada English atau bahasa dengan cara yang betul. Forgive me if there are grammatical disorder ya!

We are so happy since there will be frozen birthday party. Almaklum frozen masih lagi jadi kegilaan kan. So, there are few games, tapiiiii kakak refuse to play sebab last time mas birthday party Rafiq, kakak kalah semua games, so kakak bengang. Lagipun mood orang bangun tidur ni susah la sikit. 



Princess mummy of the day: Raja Raisha
Diorang having so much fun playing games.
Especially zahin and nina.
Birthday girl pun tak mau main.




Mummy ambil gambar ni tapi zahin and nina tak biasa dengan kita, so tak senyum, then cepat-cepat si abang bawa adik keluar.
Sooooooo protective!!!
Tak sempat nak ambil banyak - banyak.



Birthday girl Fareeha.
We rarely seen them, so diorang pun tak biasa sangat.
Tapi sebab ambil banyak snap then ada picture yang senyum.
Ok, priceles.



Gambar kita tak ada adik.
Kita cuma boleh selfie.


My friends. 
Oh zahin!



Ye, diorang main games, kamu berdua main playground diorang.




Oh adik, kamu tak ada 50k, baik kamu lupakan gadis ni ye.

Oh aishah kenapa kamu comel sangat?????



I pray for your happiness
Happy 5th birthday dear!





Wednesday, November 5, 2014

Tuesday

Kakak dah pandai tulis sikit - sikit.

I am so proud of you kakak.

Keep the good work ye.





Kakak pandai tulis Tuesday and so happy about it!
Konon dah pandai






Kakak enjoying ice cream before we fetch adik




Adik dan kakak bonding time.
Ni time baik
Time berkasih sayang!

Tuesday, November 4, 2014

TPM

TPM - Teachers Parents Meeting.

Mula - mula mummy ingat it is just for once a year then teacher beritahu dua kali setahun.

Students 4 years and 5 years tak ada end year concert or exam like 6 years old.

It is fine, kan dah buat show masa Ramadhan show hari tu kan?

So, Monday tu jumpa lagi teachers for second time.

Overall Marsya punya performance ok, good.

But, the other way round teacher cakap Marsya suka jadi batu api kalau ada students yang kena marah, kakak kata, "marah dia teacher!" Malu mummy hokey!

And kakak overconfidence in everything, teacher tak mahu nanti kakak tak perform sebab rasa dah pandai and school is different from here.

Next year you will have another four friends and total 5 years old student 10 sahaja!



Performance kakak!

Good job and well done!


Monday, November 3, 2014

Wedding Uncle Zul

Uncle Zul ni anak Embah Jiah and Yusri okey anak - anak.

Last Sunday, kita pergi wedding dia kat Kuala Pilah, rumah the wifey.

Nikah kita tak pergi, pergi sanding sahaja.



Uncle Zul and his wife.
Ada kompang kanak - kanak.
Diorang potong kek kahwin.



Dalam pada diorang sibuk nak arrange for cake cutting, korang pun sama sibuk.
Especially si kecik Mikha.
And guess what?
Adik almost tarik alas meja kek, kalau tak jahanam kek tu
Nasib baik daddy pantas.
Dia dok usha je meja kek tu.
Ya Allah
Tak reti duduk diam


This is daddy's family.
Tapi picture daddy takde
Heheheh
Sebab daddy yang ambil gambar


Harap Zul and isteri bahagia sehingga ke Jannah.
In shaa Allah

Monday, October 27, 2014

Fun

Adik dan kakak had some fun this weekend. Hooraaayyy, let's go party!


Uncle and Acu were there too!




Ni diorang sambung kat rumah, push mummy to blew all the ballons.
Oh maiiiii



The birthday boy: Mohd Rafiq Rizky
Semoga menjadi anak solehah duni akhirat.
Last year you had brighten up your parents life when the first time you came to the family
How they got nervous the first time they saw you.
You had cherish up their life


Thursday, October 23, 2014

Lakonan kelas A

Ya Allah pejam celik pejam celik dah bulan Oktober dah, then dah nak hujung tahun dah. Huhuhu. Cepat masa berlalu, dalam pada kami berdua (mummy and daddy) get through all tough things, both of you grown up. Adik dah 18 months and kakak dan dah 4 years one month.

Dua - dua pelakon sandiwara semasa. Kuat lakonan korang. Kang tiba - tiba kakak dia berlakon panggil mummy 'umi..umi..' Adik pun sama. Dan kakak pegang kaki mami konon berlakon sedih, adik pun sama. Ya Allah, seingat mummy dulu masa mengandung korang tak ada mummy jadi drama queen dan seangkatan dengannya. Nasib! Belum lagi dengar kakak nyanyi lagu let it go, adik pun tumpang 'go go go'. Kakak dia dengan lakonan dia, adik dengan peniru yang berjaya.



Adik dalam situasi ni pembonceng. punyalah dia erat peluk kakak.
Luk luk.. (peluk) katanya.
Adik tagline tongkat ali dia haruslah ada dalam gambar dia kan


Ni situasi kedua adik jadi pembonceng tapi duduk depan.
Pastu mengamuk la sebab tak selesa.
Tapi basikal tetap bergerak dek hasil usaha kakak kayuh secara kuat.


Masa mummy cakap 'adik jom selfie'
Adik cakap 'aaaaaaaaaa' sambil bukak mulut luas - luas.
Oh dia yang ajar mak dia pose begini.


Cuti Deepavali, adik cakar mukak kakak.
Mummy cakap jom ambil gambar bagi ke daddy.
Tersenyum lebar sebab konon dapat ngadu hal adik ke daddy.
Sakit kut ni, nangis kakak.


Yes, she can draw!
Yang warna hijau tu alien katanya.
Entah mana dia jumpa alien tu tak taula.
Yang picture orang tu dia cakap 'mummy'
Aduhaiiiii
Do I look like this? Oh maiiiiiii.
Die eja mam  (mom) stand for me.
Apakah?????

Mummy tak tahu apa dosa mummy sampai korang berdua kuat berlakon, sampai mummy mintak stop adik, stop kakak. Dah pergi tidur. Tengok tv? Memang tak minat. Tengok youtube pun tengok masa, lain - lain masa membisingkan diri masing - masing. Anak ada 2 tapi rasa macam ada 10 orang dalam rumah, punya bising. Ok, korang dah tidur, mummy dah update blog korang, mummy nak buat kerja mummy ye.

Nitey sayang, love you.

From: Mummy and Daddy!


Thursday, October 16, 2014

Daily Routine

Kalau kita cerita bab anak - anak, perihal anak dengan kawan - kawan memang sampai esok ada je ceritanya kan. Seronok kalau dapat tukar - tukar cerita just kadang - kadang kita kena concern dengan rakan - rakan yang masih takde anak. Jangan sedap anak tekak je nak bercerita, kena tengok audience jugak.

Waaaaa, gitu!

Gambar anak - anak pun janganla post banyak-banyak kat fb, ig ke, lek lek jer, takut org muak lak nengoknya kan. So apa je kita buat, sikit - sikit dah arr. Contoh macam orang sambung belajar master ke phd ke, toksah la banyak kali dok mention, sikit - sikit udah ler #peringatanuntukdirisendiri. Kawan - kawan kita tau kut kita sambung, rilek udah ler. Kalau tak habis, sendiri tanggung malu. Hahahahahah.

Anak gurl mummy hantar ke sekolah CIC, 8.30 pagi sampai 5.30 petang including mengaji iqra dan day care. Reason? Mummy punya time table tak tentu masa, lagi selamat kalau ambil fixed time sahaja. Alhamdulillah, Iqra dah masuk Iqra 2. Haritu mummy ada borak dengan teacher Shafa pasal kakak then alhamdulillah semuanya positif, except bab kalau dah cepat dapat, dah boring! So pendekatan teacher, suruh kakak ajar kawan kakak yang lain, so kakak tak boring.

Adik mummy hantar ke rumah opah (nanny), so far adik happy dan calar balar. Okey, calar sebab adik makin baik sangat. Plus ada kesan halus cakar kat dada, opah cakap main cubit - cubit dan bergaduh dengan Iskandar. Huhuhuhu. tadi dia gigit Iskandar. Aduhai. Opah kata bukan tak nampak, or biarkan tapi macam kilat masing - masing bergaduh. Dan adik kuat jeles. Ok, faham, mungkin macam daddy kan, mungkin???

Mummy got no issue hantar rumah orang dan school kakak, so far takde yang serious. At 5.30 mummy ambil kakak, pergi kedai and together with daddy ambil adik pulak. Balik rumah, makan, mandi, gosok gigi, dan tidur masing - masing before 9. Dan after tu masa mummy alone to do my things, reading, blogging, ironing, planning for tomorrow or whatever la. 


Mummy sayang kamu berdua, sangat!
I love you.
I said it everyday, hope you will understand someday.


Kalau jadi best friend, beginila, duduk rapat - rapat.
Share makanan sama - sama.
Pastu borak tak tahu ape.

Kalau gaduh????????????
Pfwttftftfttftftftf..



Semoga jadi anak yang soleh dan solehah, Aminnnnn

Sunday, October 12, 2014

Susu

Anak - anak mummy minum susu Dugro. Dulu masa diorang baby, dua - dua minum Enfa, then I changed to Dugro cos it is much more cheaper. Lagipun Enfa keep rise up harga dia. 

Adik minum yang ni.
Kakak minum yang ni.


Masa first beli around adik dalam 6 month (one year before) as mummy could remember the price was like around rm18 - rm 19 (900g each packet) Depends. Kalau kat MCM, Speedmart, Tesco, Econsave semua harga berlainan.

But as usual the price keep rising la kan. And the last price was rm22.99 kat Econsave last week. And guess what, naik je MINYAK ye, bukan minyak rambut, minyak masak tapi MINYAK petrol, memang naik la harga barang #thankstogovernment dan harga Dugro ni naik mencanak, bukan singgit, bukan dua hengget, but to rm26.90 each packet.

Kat Speedmart, Econsave harga sama. In fact kedai lain pun sama. Harga sekata. Wah wah wah. Seronoknyerrr. 

Harga barangan banyak naik. Semua pun naik. Sekian, terima kasih. Badan pun makin naik! Darah lagila naik tinggi!!!


Wednesday, October 8, 2014

Cerita Anak

DI kesempatan yang amat lah pendek ni mummy nak cerita pasal anak. Anak tu anugerah pinjaman Allah SWT. In shaa Allah tujuan kita lahirkan diorang kat dunia ni sebab bila kita mati, diorang akan doakan kita. Itu the main reason because kita pun tau 3 perkara yang akan kita tinggalkan bila kita mati kan.

Ok, tak kisah bab tu, mummy had quit difficulties to handle Marsya sometimes. Ada benda yang susah kami nak masuk (ngam) ke amenda entah tak tahu la. Ada pernah dia tumbuk muka mummy sebab tak dengar cakap dia then ada juga dia tak nak bergerak dari satu tempat sebab mood tak kena. Atau malam - malam enggan tidur then mummy tak layan akan tertidur sendiri.

Kat sini part 'bapak' tu penting. So, solution I gave to daddy. Please handle your daughter.

Dia pun kalau pagi tak nak bangun dengar suara daddy bingkas bangun, tau pun takut. Itula mak bapak tu penting dalam besarkan anak - anak kan. Semua takde satu pihak je yang buat ataupun mummy akan mati terkangkang buat semua sendiri.

Kadang - kadang bila ada time give up, give up juga but never - never put myself down then. Harini mummy meets one of the colleague, dia tanya berapa orang anak you ada, I ada 2, dia cakap dia ada 4. Dia cakap 'dua tu sikit sangat dee!' Okey, roll eyes! Hahahahah. 

Oh ya, Marsya dah pandai baca sekarang. Headlines newspaper and etc. Dan dia minta mummy belikan dia buku banyak gambar macam kat school library dia. Takpe, nanti dapat elaun kita perg shopping buku ye. Hahahahahah. Ataupun voucher buku ke nanti. Hehheheeh.

Adik vocab pun dah banyak.

mimi - mami
di - dedi
kak - kakak (marsya)
atak - atok (hahahaha)
nek - nenek
ashu - acu
angah - pakngah
tup - tutup 
nak
nanak - tak nak

bikkk - bird 
pis - fish
yam - ayam
dok - duduk

dan macam - macam lagi word yang kelakar.

And sangat rindu masa diorang baby dulu!!!


Tuesday, October 7, 2014

Aidiladha

Our aidiladha tahun ni kat KLM kan nampaknya and ada my cousin bertunang on first raya,  so kita pergi makan kenduri lambat masa tu sebab pergi dah petang sangat dah.

Daddy tutup kedai Ahad dan Isnin so dapat la dia berehat seketika sambil mulut cerita juga pasal SPC. Hahahahahha.

Kita takde buat korban raya, anak - anak semua dah akikah kan? Tapi ada juga terfikir nak korban anak - anak, in shaa Allah kalau kami ada rezeki lebih.

Bila kakak dan daddy berselfie guna handphone mummy!!!



Semoga kita bahagia hingga ke Jannah!




Mikha susah nak senyum
Gambar ni je dia senyum





Friday, October 3, 2014

Balik Kampung...woooo...balik kampung!

Malam ni I already post u oll berdua ke KLM and I am going to have a good rest for tonight, in shaa Allah.

Please stay baik-baik with nenek and mummy will go back tomorrow k.

For Aidiladha celebration.

Love both of you

Even though there are books, journals at my work table to review. Many!!!!!

Mummy will write more and more here because the other blog got more posts than this blog even it only 2 years. Blog ni dah almost 4 years kan.

So  please pray for me k anak-anak.

TO DO EVERYTHING THAT I COULD!



Monday, September 29, 2014

Adik Kakak Jalan

Adik ni jarang kami bawa berjalan. Maybe sebab time sekarang agak busy berbanding anak sorang. Dulu kakak hampir setiap weekend kami berjalan. Tak kisah, yang penting keluar rumah.

Entah macamana kami buat short period plan ke Penang. Jalan - jalan, makan - makan (sebab ada kenduri), then naik jambatan kedua, naik feri, pergi makan kat padang kota, beli jeruk, pergi night market. Princess sorang tu dia shopping gelang, kipas tangan, sun glass, semua pun dia nak, tu nasib kita limit kan apa patut beli dan tak patut beli. Kalau tak, semua dia nak. Cekak rambut pun dia nak tapi tak pakai. Lepas dapat senyum sampai ke telinga!











Spiderman dan Dora happy - happy mandi kat pool!