Tuesday, April 17, 2012

Mummy cuba sedaya upaya untuk update blog Marsya ni ye. Heeeheheheh. Aunty Aida kata fun. Biasalah Aida, you know me. Hahahaahahahah.

Okey, Marsya dah masuk minggu ketiga di Taska Lemon. Semalam Marsya nangis kejap je, ni cikgu kata ye, bukan mummy. Cikgu jugak kata Marsya nangis kejap-kejap kalau teringat. I know la Marsya teringat siapa, your nenek la kan.

Pagi tadi pulak Marsya tak nangis tapi sibuk tengok apa budak-budak lain buat. Kepohci betul. Okeylah tu kan asalkan tak nangis. Mummy pun boleh pergi kerja dengan senang hat sikit la.

Mummy cuti last week, amik EL on Monday morning. Petang mummy masuk kerja sebab nenek ada kat rumah toksu ada course haji. Mummy export Marsya rumah toksu, hahaahahaha! Tuesday the whole day mummy EL sebab Marsya tak sihat, then Rabu (11 April) memang cuti. Da tu 3 hari Marsya berulit dengan Mummy. hari Khamis baru pergi Taska.Mummy amik Marsya dengan mata bengkak. Adeh, kesian anakku!

Yang penatnya sekarang Marsya ada perangai baru. Setiap malam kalau nak susu akan tendang mummy. Tendang belakang mummy, nape tak tendang belakang daddy? Huhuhuhuh. Can you imagine that? Sakit tau! Adoii, ko ni Marsya banyak sangat tengok cite wrestling dengan atuk tu ko ganas cam gini.

Dahtu, mummy pun buat susu semalam 4 aunce je sebab memang Marsya minum 4 aunce je setiap malam. Tau tau malam tadi Marsya naik angin tak cukup susu. Habih buat demo dengan hentak kaki. Adoiii. Bab hentak kaki ni mumy memang surrender la sebab mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Dah dulu pun mummy kuat membentak jugak, nah amik ko anak ko pun sama! Padan muka sendiri!

Marsya jangan ganas-ganas okey!

Tuesday, April 10, 2012

Birthday Party Raisha


Marsya Arani ke birthday party Raja Raisha last Saturday. Sebenarnya birthday Raisha on 12th April and this year she is 2. Sama dengan Marsya! Shaq kata kena buat awal sebab parents Shaq akan pergi umrah so dia buatlah awal sikit. (7 hb).

This is second time Marsya attended birthday Raisha. Last year, on 19th April 2011 kut. Time flies. mummy rasa macam baru semalam je kut celebrate her first birthday. 



Mummy letak this last year pictures. Nampak tak Marsya? Gebu peha KFC nya? Raisha baru jadi toddler, cute. Zahin baru nak masuk 2, fareeha also.Thea still dalam perut mummy dia ok!



This is Raisha at her 1st birthday.




Ni second party Raisha, mummy di 'greet' oleh nenna raisha, mak aunty Shaq. 

She is friendly because we all dah lama sangat had a relationships with aunty Shaq sampai dah kenal kan. Dulu selalu datang lepak rumah Shaq.









Me and my friends.
 


 Yes, sing together kan.














Aunty Shaq and Raisha, mummy and Marsya and Thea di dukung Aunty Ani. Aunty Ani preggie and akan deliver baby gurl this September! Marsya, Raisha ans Thea akan dapat kawan baru.



Aunty Shaq tengah tergelak besar, mummy tengah hold tight you sebab badan Marsya tengah agak panas time ni so I tried tak nak bagi Marsya penat sangat.










Mummy tengah main dengan Marsya and Farhan, tiba-tiba Marsya rampas dari mummy and campak pada Farhan, then mummy kata 'No, sayang!' Tiba-tiba korang berdua bersayang-sayang and bercium mulut. Ok, farhan dah cium mulut anak mummy. Nasib baik takde orang tengok.





Ni all pictures masa dah nak balik. Mummy ni bukan camwhore and telupa nak bawak kamera daddy. I got one camera you know yang daddy belikan masa kitorang bercinta dulu but I dah tak used and letak dalam laci je. Semua pictures ni mummy grab dalam FB adik-adik Aunty Shaq. Hahahaahha. Credit to Adilah and Tasya yang sangat comel and cute!









Baby, my relationships with these people means a lot to me. Dari zaman matrik dulu and fyi, kadang-kadang kitorang mesej setiap hari. So I just hope that you, Raisha, Zahin, Thea and Fareeha will be continuing our relationships plus Farhan, baby baru Aunty Ani. And one day, Aunty Fiza pulak beranak and lain-lain tu akan tambah anak so you all will be friends forever.

Know what, friends memang easy made but true friendship will last forever and don't let small things ruin great friendship. It is normal la sometimes your friends tu ada buat 'hal kecik' dengan kita sebab takde orang perfect and kita sendiri pun tak perfect.

So acceptla kawan-kawan kita as they are and they will accept us like we are. Ok, baby, luv you!

Wednesday, April 4, 2012

Marsya at Taska Lemon



Marsya sudah tiga hari di taska (termasuk today). Hari - hari menangis waktu di tinggalkan. Tapi cikgu kata positf about her. Tak susah jaga. Nangis waktu di tinggalkan sahaja. Sudah dua hari jugakla waktu ambil matanya bengkak. I know why. Tak tidur. Marsya biasa tidur dalam buai dalam keadaan senyap. Tapi tiba - tiba kena tidur sendiri dan bising (of course) dia tak dapat tidur. Tapi dia nampak macam happy sebab ada kawan - kawan dan cikgu kata Marsya akan happy kalau duduk di bawah (tingkat bawah untuk age 2 1/2 thn - 4).

Mummy know that she loves to be friends with eldest. Suka kawan dengan orang - orang tua. Dan semalam waktu mandi di Taska cikgu beritahu yang die sebut 'Nenek' dan cikgu cakap 'Mana ada nenek awak kat sini'. Hahahahah.

Oh, sebelum tu, Marsya tak tinggal di Taska Ummi Khadijah. I don't feel like sending you there so I just contact back Taska Lemon and hantar ke sana. I am more comfort with Taska Lemon. 

Perangai Marsya sejak tinggal di Taska everytime balik dari Taska menjerit - jerit. Tak taula apsal. I guess sebab kat Taska banyak kids and kids like to say everything out loud. Or each of them yang nak dapatkan perhatian cikgu will yell at the teachers. Betul tak tekaan mummy?

And she change a lot. Baru dua hari je kut, dah cukup buat mummy high blood pressure and now I'm learn to be more patient. Sangat tak sama kalau cuma jaga weekend dan jaga pada hari bekerja. Semalam mummy kena migraine kat ofis sebab malam Isnin mummy dah balik lambat. Kelas pulak habis lambat. And pukul 6 dah bangun sebab Marsya nak susu. Sudahnya kat ofis satu hari mummy mamai. Almaklumlah baru hari pertama jaga anak.

Mummy nekad untuk menjaga Marsya kali ni. Kalau lepas - lepas susah sebab mummy ada banyak kelas tapi mba mummy tinggal satu paper je lagi dan kelas hari Isnin. So mummy akan sedaya upaya untuk jaga anak mummy ni. Mummy jugak nekad untuk jaga anak - anak mummy lain, jika di takdirkan mummy ada anak lagi.. If mummy ada anak - anak lain kan, insyaAllah.

I will try my hardest to be a good mummy, to take care of you all. I takkan susahkan my mom lagi, I promise myself that whatever happen, my children will stay with me. Anak - anak orang lain pun tinggal kat Taska jugak kan? Even taska ni ada banyak kes, tapi ada banyak jugak kebaikan tinggal di Taska. Harap hati mummy ni takkan berubah sampai bila -bila. Ya Allah, minta dilindungi anakku dari sebarang kecelakaan dan keburukan. Mummy cuma bertawakkal agar Allah sentiasa lindungi Marsya di mana sahaja Marsya.

Anak mummy tanggungjawab mummy dan daddy and we will try to look after you by ourselves. Without helper and as a working mom, it is very challenges for me as individual.

Tapi harapnya mummy dapat mengharungi cabaran dan dugaan yang mendatang dengan sabar dan tawakkal, insyaAllah.

Oh ya, mummy ada buat layout baru ni untuk Marsya and it looks cute and I will update your pictures so that this blog will be remember by you. Sebab utama blog ni pun untuk Marsya dan mummy hope that one day Marsya will read this blog.