Thursday, August 6, 2015

Sg Lembing Yo!

Mu husband (daddy) orang Kuantan but his parents asalnya dari Sungai Lembing (40mins from bandar Kuantan). Bila orang tanya apa yang ada kat Sg Lembing ni, dia pun create cerita (bukan create, telahannya saja) ada jambatan gantung, muzium dan terowong. Tapi ye tapiiiiii tak pernah pergi pun.

So lepas Cik Illie nikah hari Sabtu, mummy ajak daddy pergi balik kampung dia tu, pi usha line tengok apa yang ada.

Kita masuk terowong bijih timah. Dulu orang melombong kat sini. Since harga timah jatuh, terowong ni tutup dan di jadikan tempat tarikan palancong.



Nampak adik dan kakak mengintai kat terowong tu.
Jalan dalam terowong ni sejuk sebab ada lubang angin dari atas bukit.
Memang sejuk. 
Best.

Bila kami beritahu yang Tok Aki (daddy's father) pernah kerja kat terowong ni, termangu- mangu tak faham masing - masing.
Pastu adik panjat papan tu sampai jatuh.
Haahahahah.


Kemudiannya kita ke muzium.
Sampai dalam muzium jangan nak kira perangai adik konon macam buat dalam rumah sendiri.
Haishhhh, macam tula kalau bawa budak hyper berjalan.
Kena ada kesabaran yang tinggi.

Ada banyak history di Sg Lembing ni.
Kami pergi sebab nak tahu sangat what the hell inside the museum.
Its a knowledge after all.

I loved museum and always love it.
Mummy tak tahu anak-anak mummy but I know daddy also loved history.
Next time kita naik jambatan gantung and naik bas yang pusing pusing Sg Lembing tu ye.
Tak sempat sebab kamu dah mengantuk sangat.

Till next post!

Wednesday, August 5, 2015

Cik Illie Kahwin!

Yeah Cik Illie aka Cik Amilia kamu telah selamat bernikah dengan pilihan hatinya Uncle Abi (ini mummy ajar), call him Uncle, because you both tak tahu nak panggil apa kat husband Cik Illie korang tu. Bernikah on 01.08.15. Its a fine Saturday morning di Masjid Negeri. Sanding belah tengahari di Dewan.

Petang Jumaat tu, daddy dapat call dari nenek kata pengapit Cik Illie tarik diri saat akhir dan suruh mummy jadi pengapitnya. I never in my life ye, jadi pengapit orang, cos rasa macam patung pulak berdiri sebelah pengantin plus segan lagi. Tapi sebab MIL yang suruh kenalah dipenuhi.

Hahaahhaah.

Daddy kata Cik Illie dah bercinta since 2000. Wah, lama kan! Kalau ikut kiraan dekat 15 tahun, wow! Kalau dah jodoh tak kemana, buat kata Ustaz Kazim kan kan.

Kita sekeluarga pakai purple kali ni.
#teampurple
#pengapit purple







Wedding day always be a beautiful day and kakak nak duduk sebelah Cik Illie all the times. Agaknya kalau budak perempuan memang camni kot. Suka pengantin. Kata pengantin cantik.

Macam-macam la kakak. Siap ajak mummy karaoke lagi. Ya Allah memang tak kuasa la. Suruh ajak daddy nyanyi sama.

Semoga perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat. In sya Allah.

Tuesday, August 4, 2015

Eidulfitri 15

Raya kat mana? KLM tahun ni. Hari pertama dah ke Negeri Sembilan kampung mak, hari kedua ke rumah makcik-makcik, ketiga orang pulak yang datang rumah mak.

Budak - budak gembira sebab ada ruang yang luas untuk berlari dan membuat sepah dan bergaduh sesama sendiri. Disebabkan diorang berdua je cucu yang ada, jadi bolehla di maafkan. Kalau cucunya ramai mungkin kena rotan budak berdua tu.

Sudah 6 kali mummy dan daddy beraya sebagai suami isteri dan ini raya ke 5 untuk kakak dan kali ke 3 untuk adik.

Hahahahah.

Selamat Hari Raya.

Maaf zahir Batin.

Di aidilfitri kali ni, banyak kekurangan kami, especially nya mummy dalam soal ibadah. Rasa nak suruh u turn balik Ramadhan. Rasa macam tak cukup dan tak buat betul-betul.

Harapan mummy semoga kami bertemu lagi Ramadhan seterusnya dan sentiasa meningkatkan amalan kami, in sya Allah.



Tak ada picture family tahun ni, sampai terlupa. Sebab terkejar-kejar masa. Colour pink kali pilihan hati kakak. Daddy punya baju Melayu very strong pink kat sini tidak di letak gambarnya.

Jumpa lagi Aidilfitri 2016. In sya Allah!