Wednesday, December 16, 2015

December 2015

Hai, mummy is back. Yes.

Marsya akan 6 tahun tahun depan, Mikha 3 tahun.

And yes they both talk too much, too much!
Sedangkan dalam tidur pun masih mahu berkata-kata.

Dan emak kamu masih berasa 20 tahun. Ewah, perasaan sahaja dan kepenatan seolah 45 tahun.

Sekian.

Eh, belum habis lagi.

Selepas habis sekolah haritu, around November, kakak kembali ke pangkal jalan.

Setiap hari waktu cuti di paksa buat homework exercise. Kakak kamu terlalu banyak haru biru dalam hidupmu.Dan adakalanya menangis. I had to straight with you. Kisah kehidupan kamu lebih banyak macam dalam cerita dongeng fairytale. This is too much too handle.

Dia macam..

"Mummy kalau kakak kahwin nanti..."
"Mummy...cerita prince tu.."
"Mummy princess tu..."

Ya Allah, nak, kehidupan ni bukan macam tu ye.

Dan minta di bukak cerita cd princes etc. So, what I did paksa dia setiap hari habiskan exercise apa yang ada, buku tadika kemas tu masih berbaki yang tidak sempat di habiskan, so I made her finish up it. Then belikan satu buku exercise. And Aunty Shaq ada hand over a bundle of sheet exercises, but still baru separuh yang siap. 

Adik masih meneruskan kegarangan yang memekik mekik kalau marah. I already spoke softly cakap elok-elok la adik. Tapi ini edisi anak-anak anda apabila kedua-duanya adalah produk taska. Saya tak pasti anak orang lain, tapi taska adalah satu tempat yang kanak-kanak di dalamnya mesti, ye mesti jerit sebab mahu suara mereka di dengari oleh teacher.

So they both menjerit dalam rumah so that they think they are better, mummy must pay attention every time they yelled at each other faces. I wonder if I ada menjerit to my husband or vice versa but I guess again environment also developed your children. 

Takpe saya cuma berharap another years after they started school, their behaviour will change to a better person. Like other mummy, I never failed doakan diorang ni jadi anak-anak yang baik, yang mendirikan solat thats all. Saya percaya bahawa sejauh mana anda pergi jika anda ada basic dalam kehidupan which is solat, it will become your based dalam hidup dan kita takkan tersasar jauh. I believe that.

Kakak saya mahu simpankan rambut panjang sebab saya tersangat admire with all those girls with long hair. So I will work hard, syampukan, letak minyak rambut then ikat cantik - cantik kalau ada masa. Harapnya di sekolah baru nanti tiada lagi kutu datang mengacau. Hahaahah.

Ini baru December, belum tahun baru lagi.

Semoga tahun baru nanti akan beri kita lebih kebahagiaan dan rezeki yang lebih kepada daddy, in sya Allah. Amin.

Nampak tak penulis blog ni nak sambung tulis tahun baru nanti kannnnn.
Ehehehehhehe

Last day sekolah.

Selfie sendiri.

Adik dan kakak di kampung.

Adik yang tak habis-habis menangis.

Lepas buat homework tido dalam ni.

Adik tak lepas-lepas dengan botol susu.
Oppss Angag Tika kat belakang tu.
.



Friday, November 27, 2015

Lima tahun.....


Lima tahun berblogging - blog untuk anak - anak. I hope that I could see you both growing up, schooling, married and all of your success (in sya Allah). 

My prayer is always for both of you and if I could give stars above, I would do that. I only want you both to be a star of my own.

Life is not difficult my children but yet it it is not easy as well.

Keep faith, trust Allah.

In sya Allah


Tuesday, September 22, 2015

Happy Birthday Kakak!

Dua hari lepas (Ahad, 20.09.15) kakak dah 5 tahun, yeahhh!

Happy Birthday kakak. Semoga panjang umur murah rezeki, menjadi anak yang solehah, in sya Allah.

Mummy harap kakak sentiasa sihat dan ceria selalu.

Sepatutnya tahun ni, kita buat birthday party, tapi mummy tak sempat, kerja banyak, daddy pun busy, tak larat la, in sya Allah next year ye.

Malas dah buat kat rumah, lagipun kalau beri orang makan ni, kita kena puaskan hati banyak pihak. Niat kita nak sedekah kang jadi tak ikhlas pulak. Malas nak fikir, lagipun buat party untuk enjoy bukan untuk rasa tak best semua orang. Orang - orang ni pandai bab berkata - kata hal orang lain, tapi hal sendiri tak mahu jaga, biasa lah manusia. Rasa dah perfect sangat, padahal tak sangat pun.

Eh panjang pulak mak ni berkata-kata. Dah ala-ala mak jemah pulak. Hihihihi.

Ni mak jebon je ni. 

So tahun ni kita celebrate sesama kita je, save duit, tak yah fikir-fikir. Duit yang extra tu (kalau ada) bolehla dibuat bayar yuran sekolah kakak tahun depan, tak pun buat mummy beli baju mungkin? Atau lipstick baru sebab kaka suka curi curi pakai lipsticks mummy kalau time cuti. Ehehehehehhe.


1) Kakak happy celebrate birthday dia.

2) Kek absolute chocolate by SR tu favorite daddy. Ahahhhahah.

3) Ballon tu effort mummy hokey!

4) Camping house tu birthday present kakak. Main dengan adik. Daddy nak belikan scooter dia tak mahu. Takut jatuh katanya.Tak adventure la kakak ni, perangai siapa la tu kan?
Hahahahahha.

Apa pun, selamat hari lahir kakak. Semoga kejayaan untukmu dunia dan akhirat, in sya Allah!

Sunday, September 20, 2015

Sleep Time..

Bila anak - anak tidur adalah masa paling bahagia sekali sebab:-
1) Yeahhhh dah tidur
2) Yeahhhh mummy boleh buat kerja lain
3) Yeahhhh tak bising

Dan dapat tengok muka anak - anak. 

Siap ada yang berkeruh kalau dah over main satu hari. Kalah mak diorang. Ehehehehhe.

Bila tengok muka diorang kesian sebab kadang - kadang siang hari penat dah jadi tarzan. Marah sana sini. Kakak lompat sana sini. Adik pun ikut kakak. Pastu kakak jatuh berdarah mulut. Huhu. Sakit.

Kesian. Nangis pastu buat lagi. Bercakap non stop, menyanyi non stop. Macam zoo.

Kalau orang datang rumah, diorang cakap rumah kita yang paling bising sekali sepanjang jalan 32/98 ni tau, hahahaaha.


Gambar paling atas tu gambar mintak ampon kat kakak. Si frozen dengan budak baju Melayu. Suka nau pakai baju Melayu si adik tu sebab berasa handsome. Euwwww, perasan tau!

Kakak maafkan adik! Huhuhu

Kahkahakahakh

Gambar bawah princess sophia dengan ultraman. Nampak adik macam nak terbang? Dan kakak dengan kumbangnya. Tak lepas.

Mummy sayang kamu berdua!

Saturday, September 19, 2015

Selfie

Mummy dan adik suka jugak selfie kadang kadang. Seronok. Dalam kereta la selalu selfie, kakak pulak sejak akhir - akhir ni tanak join sangat. Dia kan macam terasa seolah - olah mummy lebihkan adik, tak tahula. Acu pun kata mummy asyik sayangkan adik, tapi bukan macam tu. Mak sayangkan anak- anak dia sama rata, cuma cara mungkin berbeza.

Bayangkan la, ada satu hari mummy tengah solat. Adik dan kakak kata nak join. Mummy biarkan. Tiba tiba kakak angin satu badan, terus mengamuk sebab telekong dia nampak rambut. Mummy malas layan. Adik pun kata 'tanak la solat mummy', tapi punya cantik dia letak kopiah dia and sangkut balik sejadah kecik dia kat ampai. Elok je terletak. Tapi kakak?

Berterabur sejadah dia dan telekong dia, mengamuk punya pasal, terus turun bawah, jumpa mak ngah kat bilik bawah. Can you imagine that? Huhuhu, haruslah kakak yang mummy jerit kan. Adik tak kena marah la sebab tak buat sepah.

Huhuhu. Kakak ni banyak kena perbetulkan kan ni, tapi takpelah, harap - harap dewasa nanti dia lebih feminin, tak panas baran, sopan santun, lemah lembut macam mak dia.

Kekekekekekekekek.


Enjoy selfie mummy dan adik.
Abaikan mata panda mummy!

Thursday, September 17, 2015

Si Pencuri Hati

Title post kena rare sikit ala ala novel cerita. Heheh. Cerita hari ni selepas bersawang - sawang blog ini adalah pasal adik. Cerita - cerita selepas ini juga di taip pada hari yang sama, cuma schedule date nya di set kan. Aci tak? Itu pon selepas di remindkan oleh kawan baik sendiri.

'Wei blog ko tulis lagi tak?'

Ahahahah. I lap u Aunty Aida. Minat kita kena teruskan walau dalam keadaan cemana sekalipon. Ini blog anak - anak. Cerita berkisar anak anak. Dan untuk bacaan anak anak apabila mereka dewasa. In my life, I learn that:-
1) Anak - anak tak payah puji puji sangat , relax relax je
2) Anak - anak juga jangan dikutuk, tahap keupayaan mereka berbeza
2) Jangan sesekali compare anak - anak dengan adik beradik diorang atau anak orang lain


Hari tu mummy baca blog vivi, I am impressed that she already potty train anak dia yang baya Mikha, so I asked daddy's opinion, daddy kata nanti dulu, nenek pun kata dah ok, tapi sebab dia tinggal taska, takut bertindih, kat taska tak ajar lagi, so nanti mummy discuss dulu dengan cikgu taska.

Sebab adik cakap banyak, cakap banyak tapi pelat. Adik, cakap banyak tapi pakai pampers, memang tak relevant langsung!!

Tapi bila fikir balik, anak vivi tinggal kat rumah je dengan nanny, so kalau terkencing sana sini, she got maid to lap everything, but mummy nanti kena buat semua mau hangin satu badan kan kalau terrr. In fact, I guess, she is going to send him school kot tahun depan, that is why dia kena potty train anak dia. I dun plan lagi, Mikha 4 years nanti baru hantar school.

Adik as I said per ealier post, dia attach dengan mummy macam magnet. Balik je dari taska (balik dengan daddy) cari mummy sampai ke dapor, pastu bagi salam.

Adik dah 2 tahun 5 bulan. Dia tak banyak ragam kecuali susu kena ada depan mata 24 jam. Sikit sikit sedut. Dah habis kena tambah lagi. 

Alhamdulillah bab sakit memang save sikit duit daddy, tapi sekali sakit terus melepek, kesian sangat. So far dia asyik selsema je sebab tinggal kat taska kan, lepas selsema, selsema lagi. Kena monitor juga, bagi juga ubat, tapi itula, kalau makan ubat, tipu mummy. Minum punyala menganga luas pastu tak telan ludah semua sukatan.

Adik takkan tidur tanpa mummy. Mummy pun tak boleh hidup tanpa adik. Bila tengok adik dan kakak, it remind me of myself dan pakngah. Sama je. Bergaduh pastu baik, gaduh pastu baik. Hahahahaa. I understand well the relationship so does daddy sebab dia dengan Cik Illie pun camtu. Selang setahun, lagi rapat. Harap end up korang berdua rapat la sampai ke besar kan. I love you both, kakak dan adik!





Thursday, August 6, 2015

Sg Lembing Yo!

Mu husband (daddy) orang Kuantan but his parents asalnya dari Sungai Lembing (40mins from bandar Kuantan). Bila orang tanya apa yang ada kat Sg Lembing ni, dia pun create cerita (bukan create, telahannya saja) ada jambatan gantung, muzium dan terowong. Tapi ye tapiiiiii tak pernah pergi pun.

So lepas Cik Illie nikah hari Sabtu, mummy ajak daddy pergi balik kampung dia tu, pi usha line tengok apa yang ada.

Kita masuk terowong bijih timah. Dulu orang melombong kat sini. Since harga timah jatuh, terowong ni tutup dan di jadikan tempat tarikan palancong.



Nampak adik dan kakak mengintai kat terowong tu.
Jalan dalam terowong ni sejuk sebab ada lubang angin dari atas bukit.
Memang sejuk. 
Best.

Bila kami beritahu yang Tok Aki (daddy's father) pernah kerja kat terowong ni, termangu- mangu tak faham masing - masing.
Pastu adik panjat papan tu sampai jatuh.
Haahahahah.


Kemudiannya kita ke muzium.
Sampai dalam muzium jangan nak kira perangai adik konon macam buat dalam rumah sendiri.
Haishhhh, macam tula kalau bawa budak hyper berjalan.
Kena ada kesabaran yang tinggi.

Ada banyak history di Sg Lembing ni.
Kami pergi sebab nak tahu sangat what the hell inside the museum.
Its a knowledge after all.

I loved museum and always love it.
Mummy tak tahu anak-anak mummy but I know daddy also loved history.
Next time kita naik jambatan gantung and naik bas yang pusing pusing Sg Lembing tu ye.
Tak sempat sebab kamu dah mengantuk sangat.

Till next post!

Wednesday, August 5, 2015

Cik Illie Kahwin!

Yeah Cik Illie aka Cik Amilia kamu telah selamat bernikah dengan pilihan hatinya Uncle Abi (ini mummy ajar), call him Uncle, because you both tak tahu nak panggil apa kat husband Cik Illie korang tu. Bernikah on 01.08.15. Its a fine Saturday morning di Masjid Negeri. Sanding belah tengahari di Dewan.

Petang Jumaat tu, daddy dapat call dari nenek kata pengapit Cik Illie tarik diri saat akhir dan suruh mummy jadi pengapitnya. I never in my life ye, jadi pengapit orang, cos rasa macam patung pulak berdiri sebelah pengantin plus segan lagi. Tapi sebab MIL yang suruh kenalah dipenuhi.

Hahaahhaah.

Daddy kata Cik Illie dah bercinta since 2000. Wah, lama kan! Kalau ikut kiraan dekat 15 tahun, wow! Kalau dah jodoh tak kemana, buat kata Ustaz Kazim kan kan.

Kita sekeluarga pakai purple kali ni.
#teampurple
#pengapit purple







Wedding day always be a beautiful day and kakak nak duduk sebelah Cik Illie all the times. Agaknya kalau budak perempuan memang camni kot. Suka pengantin. Kata pengantin cantik.

Macam-macam la kakak. Siap ajak mummy karaoke lagi. Ya Allah memang tak kuasa la. Suruh ajak daddy nyanyi sama.

Semoga perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat. In sya Allah.

Tuesday, August 4, 2015

Eidulfitri 15

Raya kat mana? KLM tahun ni. Hari pertama dah ke Negeri Sembilan kampung mak, hari kedua ke rumah makcik-makcik, ketiga orang pulak yang datang rumah mak.

Budak - budak gembira sebab ada ruang yang luas untuk berlari dan membuat sepah dan bergaduh sesama sendiri. Disebabkan diorang berdua je cucu yang ada, jadi bolehla di maafkan. Kalau cucunya ramai mungkin kena rotan budak berdua tu.

Sudah 6 kali mummy dan daddy beraya sebagai suami isteri dan ini raya ke 5 untuk kakak dan kali ke 3 untuk adik.

Hahahahah.

Selamat Hari Raya.

Maaf zahir Batin.

Di aidilfitri kali ni, banyak kekurangan kami, especially nya mummy dalam soal ibadah. Rasa nak suruh u turn balik Ramadhan. Rasa macam tak cukup dan tak buat betul-betul.

Harapan mummy semoga kami bertemu lagi Ramadhan seterusnya dan sentiasa meningkatkan amalan kami, in sya Allah.



Tak ada picture family tahun ni, sampai terlupa. Sebab terkejar-kejar masa. Colour pink kali pilihan hati kakak. Daddy punya baju Melayu very strong pink kat sini tidak di letak gambarnya.

Jumpa lagi Aidilfitri 2016. In sya Allah!

Wednesday, July 1, 2015

Ini Adik!

Ini Adik. Nama sebenar Aryan Mikhael. Tak boleh panggil Mikha, kena panggil adik. Teacher kat sekolah pun dia suruh panggil adik. Makin lama kepoyoon adik ni makin terserlah. Tak kuasa nak layan aihhhh.  Semalam waktu mummy sedang sibuk - sibuk nak masak untuk buka puasa, time tula dia sibuk sibuk nak datang minta susu, air, ape ape la sume, ajak pergi depan, tengok tv.

Mak dia da tahap gaban malas nak dengar "mummy" 80 juta kali dok repeat. Dah macam dia sorang ada mummy. Apa jiran sebelah rumah kita ni tak de mummy ke? Telinga ni kalau boleh cakap "dah la adik pergi panggil daddy pulak".

So lepas habis masak, ingat nak layan jiwang jap tegok dia isteri luar biasa sangattttt, sebelum buka puasa, tengok dah terbungkang mamat poyo a.k.a adik ni.


Terbaring atas tilam kat depan tv. Tilam tu memang letak situ so dia boleh baring - baring unless ada orang datang terus masuk stor.

Kesian, patutla cranky semacam je. Mengantuk rupanya. Dengan susu yang licin. Itula namanya kalau tak nak dinner. Mikha memang susah nak makan sekarang ni. Makan sikit je. Susu yang di teguknya sepuas hati. Baju pun tak tukar lagi.

Dah la setiap sahur dia bangun makan sekali (makan main-main) pastu sambung tidur, susah nak bangun pagi. Then, mummy yang lewat ke ipsis setiap hari.


Ni aktiviti baru setiap hari sebelum tidur. Tengok buku pastu tanya "apa ni?" 80 juta kali tanya mende yang sama. Ya Allah. Pastu dok ulang dengan nada pelat. Moto dah jadi 'bu - to" Ahahahhahahahaha.

Kau ni memang lawak dik, penyeri hati mummy!

Mummy is not a working mummy. Currently, mummy is pursuing phd in uitm and got a flexi-time. This is going to be my second year which mummy supposed to finish defence then collect data then final thesis. It is not an easy task, and after that mummy trying to apply for lecturer position.

Mummy is not going to s-a-h-m, that is for sure! I just hope that both of you (kakak and adik) will grown up accordingly, I mean in a good way. Amin.


Amin!



Saturday, May 30, 2015

Teacher - Mother's Day..

Semalam saya ambil gadis cilik ni dari sekolah dia. Aduhai, masam sungguh bau anak saya yang seorang ini. Tak tahu pergi sekolah ke pergi membajak sawah.

No camera please, I'm not ready!

Tengoklah tu, terduduk di mana sahaja, teruk nenek basuh baju kamu kan. Then, cikgu dia dah remindkan jangan lupa datang sekolah ye, mummy. Ye, petangnya ada celebration teacher and mother's day.

Pot luck. Mummy tak bawa apa. Nenek belikan karipap because nenek said, its tea time and end up other parents will bring along more foods. Sampai sekolah, one of her school friend cakap "Awak bawak karipap jer?" (dengan nada fasha sandha suara ala keluar tak keluar). Oh, great mummy! Kalau tau tadi, mummy bawak restoran datang tabika kakak.

Kata start pukul 2,30 but end up start at 3.15. Biasala kat Malaysia ni ada dua jenis janji, janji Melayu dan janji Jepun. Tak banyak janji Jepun kat Malaysia ni. Mummy dah 80x menguap.

Hadiah hari guru dari Marsya,

Mummy dah sediakan 2 hadiah sebab ada dua cikgu je kan. Hahaahhah. Mummy beli shawl untuk kedua-dua cikgu. Hope they will like it.

Oh ya, but before pergi kakak punya bersiap mengalahkan Uncle Aus nak bersanding hari Sabtu. Okey tak lipstick kakak mummy? Mummy nak pakai celak. Eh dah terkeluar la lip gloss ni, nak tisu. Okey, I was like layankan aje because tak nak marah-marah, kang naik darah tinggi je kan.

Kejap ye mummy, kakak nak make up dulu.

Ada few activities macam nyanyi lagu untuk guru, untuk ibu, then tiup kek for birthday students on May, then mak - mak pulak tiup kek then cikgu pulak tiup kek. Then, ada kuiz teka teki and hadiah for children and moms also. 

So government kan but yet so close to our heart. Then, ada scence pasang lagu ibu, diorang kena kasi sweets kat mak masing-masing and cakap I love you, mummy and kiss pipi mak. Sebak jap.

I love you too kakak!

Posing love depan kek

Dengan kawan-kawan, Amira yang kat sebelah dia

Ni time nyanyi - nyanyi.
Dah nama tabika kemas, aktiviti utama haruslah nyanyi kan.

Orang dok sibuk nyanyi birthday song, kakak dok sibuk makan sweets yan patutnya beri ke mummy tu!

Ni cikgu Melly dan Cikgu Lina.

Beria-ia Cikgu Melly dan Cikgu Lina suruh mummy hantar kakak kat sekolah ni lagi next year because dia nak train kakak for story telling dari awal - awal (preparation for next year). Bila mummy fikir, it might be a good platform for kakak to build self confidence but mummy tak nak duduk jauh lagi dari kakak. Next year is my turn to take care of her. Mungkin bukan rezeki kakak kot.

Ni mak-mak pulak potong kek.

I have read somewhere that "there is no way to be a perfect mother but millions way to be a good one". Yes, either me or kakak nobody is perfect but there is love between us that keep the distance away. Till now, I still find difficulty on handling kakak. Special. One in the million. Perangai pelik. Like me. That makes us fight all times. Sebab perangai sama.



But, I do really thankful that she is my daughter. Tak mahu tukar dengan wang ringgit berjuta sekalipun, I takkan tukar this girl with anything else. Walaupun kita selalu gaduh kakak, mummy loves you so much. Kalau kita tak gaduh, maka kita tak sayang, tak cinta. Hahahahaahah.


Sunday, May 24, 2015

Saturday..

Daddy told us that he had to go outstation this weekend and we kinda frustrated (especially mummy) because this week I am free. Hehehehhehe. So, as usual mummy amik kakak on Friday, then bawak kakak ke office daddy. Fit was there beritahu yang rumah dia tak ada air. And end up mummy asked them to slept over to our house since daddy pun takde.




Kakak kalau jumpa Danish bukan main happy lagi.
Dah declare Danish tu adik dia.
Nak gantikan Mikha with Danish, boleh?






Pagi pukul 9 pagi lebih kita dah keluar dari rumah.
Kita breakfast kat mcd dulu, then pergi Aoen Big sebab nak main benda alah ni.
Ajak Danish sekali.
Tu pompuan gomok yang pakai baju putih tu mummy la tu.




Lepas habis drive kereta masing-masing, mummy and Aunty Fit bawa kamu semua ke JKids Gamuda.
You all kinda having so much fun.
Dekat 4 hours juga kita kat sana.
Main semua sampai berjam-jam.
Main pasir.
Kakak boleh duduk dalam pasir tu sampai esok kalau tak balik.
Sleep with  the sand.




Main gelongsor. 
Aunty fit jaga kat atas, mummy jaga kat bawah.
Danish panggil mummy, "mummy" sebab korang panggil mummy.
Korang panggil Aunty, aunty. Sikit - sikit aunty!
Hahahahahahha




Masin pasir ni memang favourite kakak.
Nak balik pun berpujuk.
Sampai je kat rumah cakap "eh, jomla kita pergi main pasir balik"
Nak, JKids tu bukan daddy punya macam restoran spc ye!
Boleh pergi datang sesuka hati.


Dalam pukul 4 kita ke spc makan (lunch) and hantar Aunty Fit balik, adik meraung sekuat hati. Konon nak ikut Aunty and sedih sepanjang jalan balik rumah. Mengada!

Masing - masing penat so mula nak buat hal. Balik rumah je, masing-masing nap. Mummy buat kerja apa patut.

Anyway, Saturday spent well! We are having fun and the children enjoy themselves. Till next post!


Friday, May 22, 2015

Primaland


Harini preview theme park primaland port dickson. Mija dah lama ajak pergi vacation which spend time sama - sama with ex roommate masa degree dulu tapi yang lain - lain selalu busy so both of us plan berdua je. Pergi PD. Dah lama dah booked, and kesempatan hujung minggu last week kami berdua pergi juga, dalam kesibukan mummy pergi training, mummy selit selit juga la.

Nama lama primaland ni tiara beach resort. Mummy takkan rate primaland punya aprtment. We stayed at two room apartment hotel. Hahahah. Because apartment ni quit dah lama and pintu-pintu semua usang (ni comment dari previous customers).

Tapi....theme park dia memang lagi best dari Morib, even punyala tak customer friendly! Kena register tempat lain, amik wrist band tempat lain, apartment bangunan lain and entry masuk ke theme park agak jauh dari apartment. Buang 1 kg lemak sebab dukung Mikha. Hahahahahhaha.




Ni view entry apartment.
Pintu yang usang!
Hahhaahah


Kita banyak lepak area ni je sebab tak ramai orang.
Asik gelongsor - gelongsor.



Kat area tepi tepi tu ada pasir - pasir konon macam pantai and end up dalam pool banyak pasir.


Okey, gambar - gambar kat atas kita amik dari pakcik google. Yang betul gambar kat bawah ni dalam apartment tu. Kakak with Ayra and Ayris and mummy with aunty Mija.

We have a nice holiday, kakak happy adik suka, daddy dapat rest sikit, mummy dapat chat dengan mija. Hahahhahahahha.



Till next short vacation!

Sunday, May 17, 2015

Labor Day

Ok, dunno how to start. Writing telah lama di tinggalkan due to super busy. Super. Kakak masih meneruskan kegiatan di klm. 

Dan super kutu telah menjangkiti kepalanya. Kami telah membelikannya syampu magic (she called it magic) so that the kutu off. Mummy sangat benci situasi ini berlaku, a day before we got to go to utara. Oh mai. Trip sangat penat.


New hair style setelah kutu tu memusnahkan harapan kakak untuk jadi queen elsa buat rambut tocang.
Blame the kutu kakak.
Or blame your kawan yang bawak kutu tu.
Aaarrrghhhhhhh.


Perlis - Penang - Kedah - Perak. There are five families and as certain situation, we didn't snap any pictures, none of us did and do not public it anywhere, I mean social media. Macam anak - anak menteri pulak kan. Poyo.  Don't asked us why no picture. There are NONE. The excitement on makan-makan. Anak anak behave moderately. When I said moderately, it means kakak cuma baik dan cuma tolak kepala adik di kerusi sampai berdarah mulut dan berdarah dahi di situasi lain.

I am madly angry.

It is Jumaat - Sabtu - Ahad. Malamnya kita sampai di rumah. Isnin nya kita rest. 

Selasa itu bermula la perjalanan baru untuk adik. Mummy dah arrange adik ke Taska since early May. Mummy tak mahu ulas panjang lebar kat sini. I know that I might hurt their feelings but in evey situation I should be selfish. My schedule is pack. I can't tolerate cuti - cuti Malaysia on weekdays.

I had enough kut. Even kat taska kita pun tahu diorang tak jaga anak kita sorang fully attention but there are many anak - anak orang lain yang terpaksa tinggal kat taska but fine je kan. So I met back Adam, Arshad and few lain - lain. Yang sebaya Marsya semua dah ke Tadika Oren.

Tengok - tengok Kakak Aina Marissa (best friend Marsya) was there too for transit program. Dia tak belajar kat CIC lagi. Dia ke Smart Reader on the afternoon. She is 6 years old. 

So I asked Kakak Aina tengok-tengokkan adik Mikha. Lagipun muka - muka familiar je kat sana and mummy pun baik dengan mummy Adam, so apa-apa info on taska dia boleh beitahu kan. In fact Cikgu Dah masih ingat mummy dan daddy lagi. Hahahahhahah.

Actually mummy tak adalah happy giler ke excited sangat ke nak hantar adik ke taska, but I got to do what I have to do. Sedih? Tak sangat la. It is about time.

Kita tak boleh selesa sangat dengan sesuatu benda tu. Hijrah, berubah, bersedia menghadapi kemungkinan yang ada. Always prepare.

Adik nangis tak?

Of course.

Tapiiii....10 minit jela pastu hyper cikgu kata. Hermmmm. You know what? I am to the extent nak bawak adik jumpa psikiatrist tuk diagnos ADHD. I don't know. Hyper semacam yang tak mahu duduk diam langsung. I have been watching Jo Frost program kan before yang anak ADHD ni diorang tak nak dengar arahan dan pukul parents diorang. That's happen to me. Adik kalau tiba - tiba temper, dia pukul I in public, sampai naik malu. Takkan nak pukul anak depan orang ramai? Kang orang kata kita gila.

I know that daddy selalu kesian kat mummy cos he (adik) is veryyyyyyy the mummy...mummy...mummy. Maybe I am too much worried. Takpe, I'll wait till dia school, tengok dia boleh cocentrate ke tak. Kalau dia ada masaalah cocentration, then I must go for diagnos kan?

Anyhow, he is still the prince of my heart. Tiap malam kata "sayang mummy", lepas baca doa tidur. (Cry cry cry).
Tu adik pakai baju takde lengan yang warna oren kat taska.


I love to wear him baju sleeveless sebab dia selalu complaint panas panas.
Tak boleh panas langsung.
Ni ada makan - makan kat taska dia.
He can adapt easily and can make friends easy as well.
Pergi mana - mana pun boleh dapat kawan, so I am no worry.
I dah ajar dia cakap "sayang cikgu" selalu.
Bodek.
Supaya cikgu alert of him.
Hahahahahaahah.
And also warn the cikgu he is hyper, don't let him touch anything macam suis ke.
So cikgu alert la perangai dia.

Mummy just hope adik will be fine and kakak will be more patient towards perangai adik.
That's all.

Okey, till next post!






Thursday, April 30, 2015

Happy weekend!

Happy weekend all of you. Happy long holiday. 

Malaysia ni memang banyak sangat holiday nya.

Have a great weekend ahead and bring happiness within yourself.

Don't let small things ruin your life, your love life, your friendship.

We are not perfect.

Learn to smile mummy, you don't have to carry the world's burden.

Sorry for everything children.

I am not perfect mummy, honestly tried to become a sporting and supportive one!

Thank you for the love husband, anak - anak, family and friends.

YOU ALL mean world to me!

Thanks. 





Saturday, April 25, 2015

Independent

Beberapa minggu kebelakangan ni, mummy tried to be independent without daddy to be with you both. Sebab dua - dua dah besar, rasanya tak ada banyak issues just kena handle "kebaikan yang berlipat ganda" dari kedua - dua anak.

When I see you both, it reminds me of myself and pak ngah. Memang sama. Beza agak rapat sikit dari kamu berdua. Bila mummy naik angin masa kecik (macam kakak) atok akan asingkan mummy dari pak ngah and pak ngah akan pergi ke nenek. Same goes you both. Kakak akan ikut daddy ke office every Saturday supaya tak ada calar balar kat muka adik. Adik akan bermagnet dengan mummy.

As we grew up, we (mummy dan pak ngah) loves each other very much, till now and no matter what had happened to him, he is still my baby brother. Oppsss, uncle is my manja brother. Acu is my garang sister!

I need to be independent because I believe that if we think that we can't, we will never be can. If we got to depend on others too much, we could suffer thinking we can't do this, can't do that (I am talking about myself, my children!)

And I need to move one, to be an extraordinary people (always believe that we are different, we are special from others) we need to sacrifice many. What others said about us actually NONE is our business even sometimes it hurt. You know, terluka bahasa melayunya.

Kita dah buat baik dah rasanya kat orang tapi manusia tu lemah. Again. I always repeat this, human is weak. Always remember that. Tak ada satu orang pun sempurna and same goes to us. 



Mummy dah boleh hantar hero mummy and ambil by myself, even masa kakak ada. Walaupun rasanya macam dah terjerit - jerit macam monyet dalam kereta, jangan usik itu dan ini. Asalkan he knows that he can't open the door. For safety, child lock semua pintu each time drive adik by myself.


Adik kalau jumpa kakak every weekend dia akan jadi adik yang patuh sebab dia nak kakak main dengan dia. So apa - apa yang kakak buat dia tiru. Tadi dia ambil pensel kakak dan conteng dinding rumah. Kakak jerit dan terkebil - kebil dia. Dia cuma akan pukul kakak bila dia dah marah sangat. Hahahaha. So far, he can keep it cool bila kakak ketuk dia ke apa ke, just cakap "sakit".


Last weekend kakak minta nak colour painting guna pasir - pasir yang colourful tu. So colourful bot dia kan. Ikut suka kakak la. Yang penting kakak happy.


Kakak juga dah boleh tulis nama sendiri. Hermmmmm, tapi kena improve lagi handwriting ni, buruk ni, takpe belum 5 years lagi, hahahahahahah.

Kena bagi excuse, 'marsya kecik lagi, tu tulisan tak cantik' kalau tak, nangis kalau cakap tak cantik, habis satu rumah dia amuk nanti.


Kakak study dalam bilik kat klm. Khusyuk dia menulis, siapkan homework, warna - warna. Harapnya she will loves education and studying like I do.


Sunday mummy tried so much bagi excuse kat daddy to wake up late as he could. So kita selalunya akan breakfast dulu. Since you all berdua ni dah besar, mummy bawa breakfast ke kedai je. Restoran daddy closed every Sunday, so Ahad is a rest day for daddy and kita bertiga makan - makan dulu before lunch.



Today I pick up this little lady. Mula - mula dia kata nak makan kek, sampai di tempat berkenaan, tukar menu nak ais krim pulak. Oh mai. Dia kalau tukar fikiran memang like her mummy! Eh dan dan tukar. Hahahhahahah.

Padahal sepanjang jalan dari klm tadi, mintak makan benda lain. Her attitude memang unpredictable, suka tengok tv sekarang then like zombie, tak berkelip - kelip mata and favourite channel 611 (kat klm sahaja). Kalau kat rumah, weekend, dia tengok tv3 kartun yang pagi - pagi tu. Then main, naik basikal dengan adik.

Sunday outing day, pergilah mana - mana sebab kena bawa anak keluar kalau tak nanti diorang boring. Mummy pun boring, inikan pulak anak. Friday and weekend mummy cuma study malam, Monday to Thursday pagi sampai petang and malam also.

May is going to be a very busy month for mummy. I got this 6 weeks innovation things training plus ada few places nak pergi dengan you all.

For kakak and adik, my advice is, please go for what you want, don't limit yourself, ini tak boleh itu tak boleh. Life is never stopped, why kita kena ada kat bumi ni kalau malas. Jangan jadi malas, kena berusaha bersungguh - sungguh. Berdikarilah, I will not with you forever.

Why eh mummy write all this?

I hope 20 years from now this writing will be here and you both can read this.

Ambil positive sahaja, yang rasa negative, buangkan!

Bye!