Everyone akan rasa kehilangan orang tersayang.
So my children, you will lost us. Kami akan pergi juga satu hari nanti and jangan lupa doakan mummy and daddy bila dah takde lagi nanti.
Ahad malam 25th January, daddy ada meeting with his friends kat office and balik rumah around 11 and he said bapak (refer to Tok Aki - daddy's father) critical. Dia kena sesak nafas.
I was sleepy at that time and daddy suruh sambung tidur balik and he was awake tunggu called dari family dia di Kuantan.
Tak sampai setengah jam I heard voice crying and definitely daddy because he is outside alone and daddy cakap "bapaak dah takde". Bapak meninggal sebab serangan jantung.
We packed bag and heading to Kuantan and reached around 3.30 in the morning. Jenazah ada kat rumah and prosess akan dibuat esok pagi.
Mummy pulak time tu bendera Jepuna and I could not recite yasin apatah lagi ke kubur atau masjid. I was quit ralat juga. But what to do kan?
Monday morning jenazah Tok Aki dimandikan di masjid and terus ke kubur.
Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Tiga hari juga kita kat Kuantan and Wednesday night baru sampai balik KK. Khamis kita spend time berehat sebab penat and Jumaat tu dah end day. Langsung tak buat apa.
Weekend tu mummy decided hantar kakak ke KLM and school kat sana after sooooo many considerations, discussion with daddy, nenek and acu.
Nenek kata nak pinjam kakak setahun.
Takpela nanti mummy cerita.
So Isnin 2 February bermulalah perjalanan Marsya kat KLM.
Selasa - 3hb tu cuti Thaipusam, mummy decide to look for you at KK, beli barang dengan acu dari Mydin Putrajaya ke PKNS Bangi then ke Warta bangi. Cari barang - barang sekolah kakak and etc.
Balik - balik je dari bershopping dengan acu dan kakak, mummy dapat berita cousin mummy which kitorang panggil Kak Wok meninggal. Umur Kak Wok baru 43 tahun kut. Anak paling kecik baru 7 tahun. So sad.
Esok nya (Rabu) - 3hb baru dapat uruskan jenazah sebab Selasa tu pun dah lambat sangat plus kena buat post mortem dulu since Kak Wok masih muda to identify the causes of death. Rupanya kena serangan jantung juga sebab high blood pressure then terus attack jantung.
This time mummy dapat tengok macaman orang uruskan jenazah.
Nenek potong kain - kain putih untuk mandikan mayat and sediakan kapas dan macam - macam. Mikha mummy hantar ke rumah opahnya, so mummy dapat la tolong sikit - sikit. Jenazah akan dimandikan dan dikapankan, but mummy tak pergi ke kubur. Kakak baru balik sekolah at 12.30, so kakak a bit sleepy and cranky, mummy bawa kerumah nenek lepas mandikan jenazah.
Petang mummy terus balik ke KK.
Khamis petang, 5hb - mummy terima berita yang cousin nenek (Pak Ucop) terlibat dalam kemalangan di Mersing. Pak Ucop driver PLKN. Okey, this time mummy cakap dalam hati, tolongla jangan ada yang meninggal lagi. Cukup - cukup la tu.
Keratan kat bawah untuk info..
Dua anggota kem PLKN maut
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan pacuan empat roda yang terbabit dalam kemalangan itu.- Foto JBPM
KUALA LUMPUR, 5 Februari:
Dua anggota kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan lain dalam kejadian di Kilometer 19 Jalan Air Papan – Tanjung Resang, dekat Mersing, Johor hari ini.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Supritendan M. Kumar berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.45 pagi tadi.
Mangsa, Raden Benni RS Tanwidjaja, 53, dan seorang lagi Ismail Muhamat, 57, maut serta-merta di tempat kejadian.
Menurutnya, kenderaan Toyota Hilux dipandu Raden Benni dari arah Jalan Air Papan ke Tanjung Resang terbabas sebelum memasuki lorong bertentangan dan merempuh kenderaan jenis sama dipandu Ismail.
“Kejadian tersebut menyebabkan Abdul Aziz Wahab, 59, yang menaiki kenderaan sama dengan Raden Benni dan penumpang kenderaan Ismail, Yusof Sahak, 42, mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan termasuk kepala.
“Raden Benni dan Abdul Aziz bertugas di kem PLKN di Rembau manakala Ismail dan Yusof dari kem PLKN Port Dickson,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post di sini pada Khamis.
Difahamkan, kesemua mereka berada di Mersing untuk menghadiri mesyuarat di kem PLKN Teluk Sari, Endau, Mersing.
Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk dibedah siasat dan rawatan.
Kes disiasat di mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Cousin nenek tu yang nama Yusof bin Sahak - 43 - driver PLKN. Dalam kejadian ini dia tak meninggal but..... Allah Maha Kuasa... dia meninggal di hospital JB - sultanah aminah.
Hermmm.. procedure di JB makan masa dan cuma boleh lepas dari hospital pukul 4 petang Jumaat. Isteri arwah insist nak kebumi di kampung dia kat Kuala Pilah instead of Lenggeng kampung nenek, so all my cousins pergi Kuala Pilah untuk tengok jenazah. Lepas Isyak baru dapat dikebumikan jenazah. Mummy tak perrgi, daddy ada lots of work to do.
Yang mummy tau, kakak je pergi dengan nenek, atuk, uncle and pak ngah.
Yang mummy tau, kakak je pergi dengan nenek, atuk, uncle and pak ngah.
Tahun 2015 ni ada tiga kematian. Bukan untuk di ratapi, tapi untuk pengajaran. Kita semua akan mati, tak kira tua atau muda dan tak tahu bila. Sementara itu, beramal lah dan berdoalah semoga sepanjang kehidupan kita ni, jauh dari perkara maksiat dan kemungkaran. In sya Allah diberkati, diredhai.
Okeyla, anak - anak, mummy nak tidur, esok daddy ada catering so mummy kena kejut dia awal. Ahad pun kerja okey!
Semua untuk kamu berdua...
No comments:
Post a Comment