Ya Allah pejam celik pejam celik dah bulan Oktober dah, then dah nak hujung tahun dah. Huhuhu. Cepat masa berlalu, dalam pada kami berdua (mummy and daddy) get through all tough things, both of you grown up. Adik dah 18 months and kakak dan dah 4 years one month.
Dua - dua pelakon sandiwara semasa. Kuat lakonan korang. Kang tiba - tiba kakak dia berlakon panggil mummy 'umi..umi..' Adik pun sama. Dan kakak pegang kaki mami konon berlakon sedih, adik pun sama. Ya Allah, seingat mummy dulu masa mengandung korang tak ada mummy jadi drama queen dan seangkatan dengannya. Nasib! Belum lagi dengar kakak nyanyi lagu let it go, adik pun tumpang 'go go go'. Kakak dia dengan lakonan dia, adik dengan peniru yang berjaya.
Adik dalam situasi ni pembonceng. punyalah dia erat peluk kakak.
Luk luk.. (peluk) katanya.
Adik tagline tongkat ali dia haruslah ada dalam gambar dia kan
Ni situasi kedua adik jadi pembonceng tapi duduk depan.
Pastu mengamuk la sebab tak selesa.
Tapi basikal tetap bergerak dek hasil usaha kakak kayuh secara kuat.
Masa mummy cakap 'adik jom selfie'
Adik cakap 'aaaaaaaaaa' sambil bukak mulut luas - luas.
Oh dia yang ajar mak dia pose begini.
Cuti Deepavali, adik cakar mukak kakak.
Mummy cakap jom ambil gambar bagi ke daddy.
Tersenyum lebar sebab konon dapat ngadu hal adik ke daddy.
Sakit kut ni, nangis kakak.
Yes, she can draw!
Yang warna hijau tu alien katanya.
Entah mana dia jumpa alien tu tak taula.
Yang picture orang tu dia cakap 'mummy'
Aduhaiiiii
Do I look like this? Oh maiiiiiii.
Die eja mam (mom) stand for me.
Apakah?????
Mummy tak tahu apa dosa mummy sampai korang berdua kuat berlakon, sampai mummy mintak stop adik, stop kakak. Dah pergi tidur. Tengok tv? Memang tak minat. Tengok youtube pun tengok masa, lain - lain masa membisingkan diri masing - masing. Anak ada 2 tapi rasa macam ada 10 orang dalam rumah, punya bising. Ok, korang dah tidur, mummy dah update blog korang, mummy nak buat kerja mummy ye.
Nitey sayang, love you.
From: Mummy and Daddy!
No comments:
Post a Comment