Kalau kita cerita bab anak - anak, perihal anak dengan kawan - kawan memang sampai esok ada je ceritanya kan. Seronok kalau dapat tukar - tukar cerita just kadang - kadang kita kena concern dengan rakan - rakan yang masih takde anak. Jangan sedap anak tekak je nak bercerita, kena tengok audience jugak.
Waaaaa, gitu!
Gambar anak - anak pun janganla post banyak-banyak kat fb, ig ke, lek lek jer, takut org muak lak nengoknya kan. So apa je kita buat, sikit - sikit dah arr. Contoh macam orang sambung belajar master ke phd ke, toksah la banyak kali dok mention, sikit - sikit udah ler #peringatanuntukdirisendiri. Kawan - kawan kita tau kut kita sambung, rilek udah ler. Kalau tak habis, sendiri tanggung malu. Hahahahahah.
Anak gurl mummy hantar ke sekolah CIC, 8.30 pagi sampai 5.30 petang including mengaji iqra dan day care. Reason? Mummy punya time table tak tentu masa, lagi selamat kalau ambil fixed time sahaja. Alhamdulillah, Iqra dah masuk Iqra 2. Haritu mummy ada borak dengan teacher Shafa pasal kakak then alhamdulillah semuanya positif, except bab kalau dah cepat dapat, dah boring! So pendekatan teacher, suruh kakak ajar kawan kakak yang lain, so kakak tak boring.
Adik mummy hantar ke rumah opah (nanny), so far adik happy dan calar balar. Okey, calar sebab adik makin baik sangat. Plus ada kesan halus cakar kat dada, opah cakap main cubit - cubit dan bergaduh dengan Iskandar. Huhuhuhu. tadi dia gigit Iskandar. Aduhai. Opah kata bukan tak nampak, or biarkan tapi macam kilat masing - masing bergaduh. Dan adik kuat jeles. Ok, faham, mungkin macam daddy kan, mungkin???
Mummy got no issue hantar rumah orang dan school kakak, so far takde yang serious. At 5.30 mummy ambil kakak, pergi kedai and together with daddy ambil adik pulak. Balik rumah, makan, mandi, gosok gigi, dan tidur masing - masing before 9. Dan after tu masa mummy alone to do my things, reading, blogging, ironing, planning for tomorrow or whatever la.
Mummy sayang kamu berdua, sangat!
I love you.
I said it everyday, hope you will understand someday.
Kalau jadi best friend, beginila, duduk rapat - rapat.
Share makanan sama - sama.
Pastu borak tak tahu ape.
Kalau gaduh????????????
Pfwttftftfttftftftf..
Semoga jadi anak yang soleh dan solehah, Aminnnnn