Friday, February 7, 2014

Cerita Anak - Anak...

KAKAK DAN CERITANYA....

Daddy ada bagitau mummy yang kakak rasa jauh dari mummy. Bukan salah siapa-siapa just kalau waktu malam susah mummy nak spent time with kakak. Adik malam-malam nak tidur punyala bukan main susahnya sebab nak berguling-guling dalam keadaan senyap dan gelap. So mummy akan spend time more or paling baik less than one hour sahaja untuk tidurkan adik waktu malam.

Kakak pulak akan duduk bawah dengan daddy. Dan kakak akan cakap kakak anak daddy dan adik anak mummy. Sedih kan cerita ni.
Huhuhuhuhuh.

Tapi, lepas je adik tidur, mummy cuba untuk spent time dengan kakak pulak. Ajak kakak naik atas dan borak dengan kakak sebelum tidur. Dua hari lepas:-

Mummy: Marsya tidur tak hari ni?
Marsya : Tak. Teacher suruh tidur.

Did I mention that both of my children had difficulty to get a nap at day time? Ya Allah dua-dua susah nak tidur siang.

Di sekolah there was nap time (around 2.30 and about half hour - to one hour). After school finish. All school activities will be finish by 2.30 and after that, day care time but the same teacher will conduct the day care time pun.

Marsya : Marsya cakap kat teacher, Marsya saaaaayaaaang teacher banyak-banyak. Teacher pun tak marah, teacher pun kata sayang Marsya, pastu tak dela suruh tidur. Kalau Cikgu Dah dulu asik suruh tidur je, asik marah Marsya (ok, cerita Cikgu Dah Taska Lemon lagi!). Cikgu Dah pun suruh Marsya pergi sekolah cic ni, tak payah pergi taska ladi.

Hahahahahahahaha.

Pastu kakak cerita-cerita lagi dan tertidur la dia.

Esoknya tanpa sabar-sabar mummy tanya Teacher Ana whether the story was true, teacher Ana gelak dan cakap cakap ye, betul dan cakap Marsya memang pandai berlakon bagi orang tak marah dia. 


ADIK DAN CERITANYA...

Adik naik walker. 
Adik bawak laju-laju, langgar semua orang, langgar semua benda.
Adik suka memunggah dah bukak semua drawer yang ada, tarik semua benda yang tergantung, menelongkar handbag mummy kalau berkesempatan. Aduhai adik o adik


Ni adik. Sengih sana. Sengih sini.




Mungkinkah adik dah besar nanti nak jadi ni?????





No comments:

Post a Comment