Wednesday, April 4, 2012

Marsya at Taska Lemon



Marsya sudah tiga hari di taska (termasuk today). Hari - hari menangis waktu di tinggalkan. Tapi cikgu kata positf about her. Tak susah jaga. Nangis waktu di tinggalkan sahaja. Sudah dua hari jugakla waktu ambil matanya bengkak. I know why. Tak tidur. Marsya biasa tidur dalam buai dalam keadaan senyap. Tapi tiba - tiba kena tidur sendiri dan bising (of course) dia tak dapat tidur. Tapi dia nampak macam happy sebab ada kawan - kawan dan cikgu kata Marsya akan happy kalau duduk di bawah (tingkat bawah untuk age 2 1/2 thn - 4).

Mummy know that she loves to be friends with eldest. Suka kawan dengan orang - orang tua. Dan semalam waktu mandi di Taska cikgu beritahu yang die sebut 'Nenek' dan cikgu cakap 'Mana ada nenek awak kat sini'. Hahahahah.

Oh, sebelum tu, Marsya tak tinggal di Taska Ummi Khadijah. I don't feel like sending you there so I just contact back Taska Lemon and hantar ke sana. I am more comfort with Taska Lemon. 

Perangai Marsya sejak tinggal di Taska everytime balik dari Taska menjerit - jerit. Tak taula apsal. I guess sebab kat Taska banyak kids and kids like to say everything out loud. Or each of them yang nak dapatkan perhatian cikgu will yell at the teachers. Betul tak tekaan mummy?

And she change a lot. Baru dua hari je kut, dah cukup buat mummy high blood pressure and now I'm learn to be more patient. Sangat tak sama kalau cuma jaga weekend dan jaga pada hari bekerja. Semalam mummy kena migraine kat ofis sebab malam Isnin mummy dah balik lambat. Kelas pulak habis lambat. And pukul 6 dah bangun sebab Marsya nak susu. Sudahnya kat ofis satu hari mummy mamai. Almaklumlah baru hari pertama jaga anak.

Mummy nekad untuk menjaga Marsya kali ni. Kalau lepas - lepas susah sebab mummy ada banyak kelas tapi mba mummy tinggal satu paper je lagi dan kelas hari Isnin. So mummy akan sedaya upaya untuk jaga anak mummy ni. Mummy jugak nekad untuk jaga anak - anak mummy lain, jika di takdirkan mummy ada anak lagi.. If mummy ada anak - anak lain kan, insyaAllah.

I will try my hardest to be a good mummy, to take care of you all. I takkan susahkan my mom lagi, I promise myself that whatever happen, my children will stay with me. Anak - anak orang lain pun tinggal kat Taska jugak kan? Even taska ni ada banyak kes, tapi ada banyak jugak kebaikan tinggal di Taska. Harap hati mummy ni takkan berubah sampai bila -bila. Ya Allah, minta dilindungi anakku dari sebarang kecelakaan dan keburukan. Mummy cuma bertawakkal agar Allah sentiasa lindungi Marsya di mana sahaja Marsya.

Anak mummy tanggungjawab mummy dan daddy and we will try to look after you by ourselves. Without helper and as a working mom, it is very challenges for me as individual.

Tapi harapnya mummy dapat mengharungi cabaran dan dugaan yang mendatang dengan sabar dan tawakkal, insyaAllah.

Oh ya, mummy ada buat layout baru ni untuk Marsya and it looks cute and I will update your pictures so that this blog will be remember by you. Sebab utama blog ni pun untuk Marsya dan mummy hope that one day Marsya will read this blog.

Friday, March 30, 2012

Perubahan terbesar dalam hidup

Hai Marsya

So Marsya dah besar sekarang dan I decide to take you home with me.

Means, you have to stay with me because I wanted to be full mummy to you.

No more 'weekend mummy'.

How?

Mummy dah survey taska yang sesuai for you. Taska Ummi Khadijah. Taska ni Uncle Azizi (ofismate mummy) yang suggestkan. Dia cakap memangla taska what do you expect? Kalau selsema or demam selalu senang berulang sebab berjangkit - jangkit. Tapi he like that his children know how to recite doa everytime makan time, bacaan solat, manners, be friendly dan macam - macam lagila. Of course mestilah ada pros and cons kan.

Mummy jugak dah call Puan Roslina dari taska tu dan dia registration fees RM 50.00 as usual. Makan disediakan dan mummy cuma sediakan baju, susu, toiletries, pampers. Mummy juga dah bookingkan tempat untuk Marsya ye, Marsya boleh datang this coming Monday (2nd April)

Sebenarnya ni dah second time Marsya pergi taska. Dulu masa 7 month mummy hantar Taska Lemon tapi Marsya jatuh sakit and asyik kena neb. Mummy tak tahn, terus hantar balik kat nenek. So sekarang bila Marsya dah besar sikit, hopefully your antibody will be stronger and I hope Marsya tak sakit teruk lagi.

So hari ni mummy nak pergi beli Scott's Emulsion yang orange tu untuk Marsya, prevention selsema. Start from today kena bagila. Duration time adalah 7.00 am to 6.30 pm but I will send on 8.00 am and pick you up latest 6.00 pm. Bulan puasa Mummy amik awal, 4.30 pm Mummy dah keluar ofis dah.

Marsya dah  1 year and 6 month and almost can talk. Bukanlah full talking tapi bercakap la kan and you're going to have lots of friends nanti. Jomla keluar dari kepompong Marsya kat klm tu.

Tapi Mummy tengah fikir macamana nak bagitau nenek and atuk. Nenek Marsya akan pergi umrah next month so kalau boleh biarlah nenek pergi dengan aman dan tenang, and before tu sempat nak buat solat taubat ke apa ke kan, kalau jaga Marsya karang kena full attention.

Lagipun Marsya suka sangat kacau kitab dan al-Quran nenek sampai koyak tau. Pantang nenek baca buku sikit terus Marsya kacau ank baca jugak dan koyakkan. Sape tahan. Marsya makin membesar and growing. 

That's why I decided to take care of you.

Daddy cakap dia nak start kerja tapi tak tahu bila. Dia macam dah ada kerja sebab daddy tak nak buat business lagi. Business is business la tapi part time je kut. Daddy akan kembali bekerja and we hope that anything that we planned menjadila and hope 2012 will be shining to us.

So Marsya rasa macamana?

Marsya jom iku mummy jom!


Tuesday, March 27, 2012

She got feelings, yo!

Kadang - kadang susah untuk menjangka apa yang anak anda mahu.

I am talking about Marsya of course, siapa lagi.

She can't speak, can't tell what she wants exactly kecuali makan dan minum susu sebab usually kita akan ikut jadual makan kan supaya dia tak lapar.

Semalam (Isnin) mummy kena gastrik since pukul 6 pagi dah berguling-guling macam apa. Then, after my baby wake up, she saw me berguling -guling camtu. dia menjadi tersangat pelik dan keluarla jerman dia.

Mummy can't understand even a word, but I understand that reaction that she tried to say "Mummy why?"

So mummy cakap "Mumy sakit perut".

And my mom tolong sapukan minyak kat perut I and Marsya pun sama sibuk la nak tahu apa nenek dia buat. Siap tolong gosokkan punggung I, perut I semua. Muka dia pun sama berkerut-kerut macam muka mummy yang sedang tahan sakit ni.

She got feelings rupanya.

Incident before this was everytime dia nampak boy age 12 - 20 plus, dia akan malu. (tak boleh blah!)

Siap tutup-tutup muka lagi, konon malu la. Kalau jumpa ala-ala rakan sebaya dia akan cuba ajak main.

Ok, kalau perempuan pun sama.Cuba ajak main dan suruh tiru apa dia buat. Contoh, dia akan berdiri di kerusi dan akan ajak that girl main benda sama. If budak tu tak nak ikut dia, dia akan marah - marah tak tahu cakap apa. Ok, it so bossy! That one you take your daddy's, not mine! Heheheheheh.

She is so moody sometimes and tak dapat apa dia nak, dia akan baling something and cakap "Haaaaaaaaa". Dan masih suka pukul kepala sendiri, dah tak kuat sangat, pukul perlahan je. Sebab dah tahu sakit kan?

Bila everyone pay attention to her, dia akan suka. Cuba kalau kita berborak-borak tanpa pedulikan dia, tiba-tiba anda akan nampak macam tenggiling di kaki anda. Apakah????

Ok, enough bout her. Her atuk will coming back tomorrow so Marsya mesti suka sebab sementara atuk takde ni, asik sebut atuk jer kan.