Dua hari lepas (Ahad, 20.09.15) kakak dah 5 tahun, yeahhh!
Happy Birthday kakak. Semoga panjang umur murah rezeki, menjadi anak yang solehah, in sya Allah.
Mummy harap kakak sentiasa sihat dan ceria selalu.
Sepatutnya tahun ni, kita buat birthday party, tapi mummy tak sempat, kerja banyak, daddy pun busy, tak larat la, in sya Allah next year ye.
Malas dah buat kat rumah, lagipun kalau beri orang makan ni, kita kena puaskan hati banyak pihak. Niat kita nak sedekah kang jadi tak ikhlas pulak. Malas nak fikir, lagipun buat party untuk enjoy bukan untuk rasa tak best semua orang. Orang - orang ni pandai bab berkata - kata hal orang lain, tapi hal sendiri tak mahu jaga, biasa lah manusia. Rasa dah perfect sangat, padahal tak sangat pun.
Eh panjang pulak mak ni berkata-kata. Dah ala-ala mak jemah pulak. Hihihihi.
Ni mak jebon je ni.
So tahun ni kita celebrate sesama kita je, save duit, tak yah fikir-fikir. Duit yang extra tu (kalau ada) bolehla dibuat bayar yuran sekolah kakak tahun depan, tak pun buat mummy beli baju mungkin? Atau lipstick baru sebab kaka suka curi curi pakai lipsticks mummy kalau time cuti. Ehehehehehhe.
1) Kakak happy celebrate birthday dia.
2) Kek absolute chocolate by SR tu favorite daddy. Ahahhhahah.
3) Ballon tu effort mummy hokey!
4) Camping house tu birthday present kakak. Main dengan adik. Daddy nak belikan scooter dia tak mahu. Takut jatuh katanya.Tak adventure la kakak ni, perangai siapa la tu kan?
Hahahahahha.
Apa pun, selamat hari lahir kakak. Semoga kejayaan untukmu dunia dan akhirat, in sya Allah!