Mummy cuba sedaya upaya untuk update blog Marsya ni ye. Heeeheheheh. Aunty Aida kata fun. Biasalah Aida, you know me. Hahahaahahahah.
Okey, Marsya dah masuk minggu ketiga di Taska Lemon. Semalam Marsya nangis kejap je, ni cikgu kata ye, bukan mummy. Cikgu jugak kata Marsya nangis kejap-kejap kalau teringat. I know la Marsya teringat siapa, your nenek la kan.
Pagi tadi pulak Marsya tak nangis tapi sibuk tengok apa budak-budak lain buat. Kepohci betul. Okeylah tu kan asalkan tak nangis. Mummy pun boleh pergi kerja dengan senang hat sikit la.
Mummy cuti last week, amik EL on Monday morning. Petang mummy masuk kerja sebab nenek ada kat rumah toksu ada course haji. Mummy export Marsya rumah toksu, hahaahahaha! Tuesday the whole day mummy EL sebab Marsya tak sihat, then Rabu (11 April) memang cuti. Da tu 3 hari Marsya berulit dengan Mummy. hari Khamis baru pergi Taska.Mummy amik Marsya dengan mata bengkak. Adeh, kesian anakku!
Yang penatnya sekarang Marsya ada perangai baru. Setiap malam kalau nak susu akan tendang mummy. Tendang belakang mummy, nape tak tendang belakang daddy? Huhuhuhuh. Can you imagine that? Sakit tau! Adoii, ko ni Marsya banyak sangat tengok cite wrestling dengan atuk tu ko ganas cam gini.
Dahtu, mummy pun buat susu semalam 4 aunce je sebab memang Marsya minum 4 aunce je setiap malam. Tau tau malam tadi Marsya naik angin tak cukup susu. Habih buat demo dengan hentak kaki. Adoiii. Bab hentak kaki ni mumy memang surrender la sebab mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Dah dulu pun mummy kuat membentak jugak, nah amik ko anak ko pun sama! Padan muka sendiri!
Marsya jangan ganas-ganas okey!